UkhWaH FillAh.....

Khamis, 10 November 2011

HADIS EMPAT PULUH.....( pertama )

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakaatuh...
 Di mulakan dengan kata Imam An-Nawawi..
Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekalian makhluk, Pengutus para Rasul S.A.W kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Adapun selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali Ibn Abi Talib, Abdullah Iibn Mas‘uud, Mu‘az Ibn Jabal, Abu Al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan riwayat yang bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim.

Dalam riwayat Abu al-Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam golongan para syuhada’ ”.

 

Hadis Pertama


Setiap amalan bergantung kepada niat



عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksudnya:


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penerangan:

1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.

2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperoleh.Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itu sajalah yang akan diperoleh.

3. Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya untuk akhirat.

4. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah SWT.

5. Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana mahkluk.

6. Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.

7. Nabi SAW mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah SAW dan yang ditujukan kerana selain Allah dengan yang berhijrah , dimana:
Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.
Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang berhijrah dari daerah islam ke daerah kafir untuk mencari harta, atau untuk mancari wanita kerana ingin berkahwin dengannya. Orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah SWT.

8. Manakala berhijrah dengan ertikata berpindah dari daerah kafir ke daerah islam tertakluk kepada dua hukum, iaitu wajib (jika seseorang tidak mampu melaksanakan agamanya) atau sunat (jika mereka mampu melakukan melaksanakan agamanya).

9. Kemestian berwaspada daripada dunia dan tipu daya wanita kerana fitnah dan godaannya sangat dashyat.

10. Kemestian beraspada daripada menumpukan amalan akhirat untuk tujuan duniawi.

semoga kita semua dapat dan berusaha mengamalkannya insyaAllah..
waallahu'alam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan