UkhWaH FillAh.....

Isnin, 28 November 2011

AdaKah Kita GolonGaN BerSyuKUr..??


 Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...


 “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih” (Surah Ibrahim:7)
 Setiap detik kita menggunakan nikmat kurniaan Allah, amat sedikit yang menyedarinya, apa lagi untuk mengsyukuri akan kurniaan itu. Kurniaan Allah tidak terhitung., “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.”(Surah An-Nahl:18)
 Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur? Allah menjelaskan “Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” (Surah Yusuf:38). Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat kepada seluruh makhlukNya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Sesungguhnya Allah pemberi nikmat sebenar yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa amat pedih bagi mereka yang kufur. Mungkin sahaja selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur, atau rasa syukur yang amat sedikit. Manusia sering merasakan bahawa apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka. Kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperolehi kita mudah berasa kesal. Malah mungkin juga kecewa, lalu menyalahkan takdir dan mencari-cari kesalahan orang lain. Itu adalah akibat gersang rasa syukur dalam diri manusia.

Syukur, inilah satu perasaan yang jarang melekat di hati kita. Malah kita kerap kali lupa dan alpa. Mulai sekarang, ketahuilah bahawa sebenarnya kita adalah orang yang sangat bertuah, baik dalam pelajaran, keluarga, ekonomi, dan yang selalu kita lupa adalah nikmat kesihatan dan waktu lapang kita... mahupun dalam kehidupan sehari-hari. Maka sewajarnyalah untuk kita syukuri.
 Imam Al Ghazali mendefinisikan nikmat sebagai setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup ukhrawi - hari akhirat yang kekal abadi. Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah dibahagikan kepada dua iaitu nikmat bersifat fitri atau asasi yang dibawa manusia ketika dilahirkan. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima atau dirasakan sewaktu-waktu. Nikmat bersifat fitri digambarkan Allah dalam firman bermaksud: Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih. (Surah An Nahl: 78)
Nikmat yang dianggap mendatang ialah segala kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan diterima manusia sepanjang perjalanan hidup termasuk isi alam daripada tanaman, binatang ternakan serta sumber asas yang boleh dimanfaatkan. Firman Allah bermaksud: Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering). Kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman yang sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur. Dan Kami pancarkan kepadanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur. (Surah Yasin: 31-35)

Lumrahnya, manusia menyedari nikmat kurniaan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang (dicabut oleh Tuhan). Jika matanya rosak sebelah, kaki patah atau tangan kudung, barulah dia merasa nikmatnya mempunyai dua biji mata, kaki dan tangan yang tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat pula berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan.




Nikmat Kesihatan

Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
 


 ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

 




Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.


Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim



Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal



Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim





Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel















Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.

Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah
 bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.



Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan



Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim 





Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
Fikir-fikirkan lah..renung-renungkan lah...

 Sikap syukur untuk keuntungan manusia sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur hamba-Nya. Sebaliknya, Allah juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan ingkar ditunjukkan manusia. Allah berfirman bermaksud: Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia. (Surah An Naml: 40)

Orang yang bersyukur, jiwanya menjadi semakin bersih. Dia bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar nikmat itu kurniaan Ilahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.
 "kita dilimpahi jutaan nikmat,tapi kita melupakan pada pemberi nikmat,sepatutnya kita hitung kesyukuran,sebaliknya kita hitung kesukaran."

sahabat..ku.....
Wallahua'lam....