UkhWaH FillAh.....

Rabu, 2 November 2011

PenGorBaNaN Hakiki...



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Saudara2 ku sekalian,ketika ini umat Islam di Mekah semakin tiba ke kemuncak ibadah haji mereka  yang sangat di nantikan semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.Ya Rukun Islam yang kelima ini bukan mudah untuk kita menunaikannya semuanya perlu keikhlasan,kemampuan dan pengorbanan yang sangat besar perlu di tunaikan..
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Eidil Adha. Antara tarbiah utama Eidil Adha ialah mengajar kita hakikat pengorbanan. Sesungguhnya di dalam Islam, erti pengorbanan mempunyai dimensi yang luas. Pengorbanan itu dituntut dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang yang beriman kepada Allah. Tidak akan tertegak amal Islami untuk mengembalikan semula Islam yang telah dihina kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia tanpa berkorban. Tidak akan tertegak dakwah Isalmiyah untuk menyeru seluruh manusia supaya kepada din Allah SWT tanpa berkorban. Tidak akan tertegak jihad untuk menentang serangan musuh-musuh Allah seperti serangan dari golongan yahudi, golongan nasrani, gerakan misionary dan serangan orang-orang munafiq tanpa berkorban.

Selain daripada mengorbankan harta benda dan wang ringgit, Islam juga menuntut orang-orang beriman berkorban dalam beberapa aspek yang lain, iaitu:

 Mengorbankan diri di jalan Allah

Sesungguhnya Allah SWT menghendaki orang beriman mencagarkan dirinya, di samping hartanya, untuk mendapatkan habuan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 111.

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لُهُمُ الْجَنَّةَ

يُقَاتِلُوْنَ فِىْ سَبِيْلِ اللهِ فَيَقْتُلُوْن وَيُقْتَلُوْنَ..الأية

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan terbunuh." - At-Taubah, ayat 111


Natijah terakhir bagi mereka yang mengorbankan dirinya di jalan Allah ialah sama ada mendapat syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah. Sesungguhnya kita semua pasti akan mati, maka kita perlulah merancang kematian kita akan mendapat kematian yang terbaik.

Di sini saya ingin menjelaskan perbezaan di antara syahid di jalan Allah dan mati jalan Allah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 157 dan 158:

"Dan sungguh jika kamu terbunuh di jalan Allah atau mati, tentulah ampunan Allah dan kasihsayang-Nya lebih baik (bagimu) dari harta yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu mati atau terbunuh, tentulah kepada Allah-lah kamu dikumpulkan."

Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, terbunuh atau syahid di jalan Allah bermakna terbunuh di tangan musuh Allah di medan jihad di jalan-Nya.

Manakala, mati di jalan Allah bermakna seorang Muslim itu mati ketika sedang melakukan amal Islami yang diredhai Allah, seperti berdakwah di jalanNya dan melakukan pelbagai kerja-kerja Islam bertujuan untuk memperkuat atau mengukuhkan Islam.

Sama ada seseorang itu syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah, maka kedua-dua jenis kematian itu adalah kematian yang mulia. Kedua-keduannya akan mendapat kasih sayang Allah dan keampunan Allah daripada segala dosanya. Justeru itu, hadirin dan hadirat sekelian, hendaklah setiap detik dalam kehidupan kita, sentiasa berada di jalan Allah, di atas jalan dakwahNya. Jangan sekali-kali kita terkeluar daripada jalan dakwahNya kerana kita tidak tahu bilakah kematian itu akan tiba. Inilah yang  maksudkan dengan kita merancang kematian yang terbaik di sisi Allah SWT.


Jenis pengorbanan yang berikutnya ialah mengorbankan waktu dan kesungguhan

Rasulullah SAW adalah menasihatkan kita, dalam hadithnya (riwayat Al-Hakim), bahawa:

“Manfaatkanlah 5 keadaan sebelum datang 5 (keadaan) yang lain (yakni):
Hidupmu sebelum matimu
Sihatmu sebelum sakitmu
Waktu lapangmu sebelum sibukmu
Mudamu sebelum tuamu
Kayamu sebelum miskinmu”



Imam Hasan Al-Banna pula ada menyatakan, “waktu adalah kehidupan”. Ini bermakna apabila seseorang itu mengsia-sia waktu, bermakna beliau mengsia-siakan kehidupannya. Justeru itu saya menyeru kepada hadirin dan hadirat sekelian, marilah sama-sama kita menguruskan waktu kita di jalan Allah dengan baik seperti untuk mendekatkan diri dengan Allah, berdakwah kepada masyarakat, mendidik anak-anak, menunaikan hak-hak ahli keluarga, menjayakan projek-projek Islam, mencari nafkah hidup dan sebagainya. Kita peruntukan waktu kepada tiap-tiap yang berhak itu akan haknya dengan adil dan bijaksana. Pendek kata seluruh waktu kita dipergunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat untuk Islam dan untuk dakwah Islamiyah.

Janganlah hendaknya kita hanya leka dengan keseronokan dunia dan menggunakan waktu untuk kepentingan peribadi dan keluarga sahaja, dan kita abaikan tugas dakwah kepada masyarakat dan kita membiarkan masyarakat dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Marilah kita sama-sama beringat-ingat akan pesanan Rasulullah SAW (daripada riwayat At-Termizi, yang bermaksud), antara lain:

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan menjadikan kekayaan di dalam hatinya, mengumpulkan segala urusannya, dan dunia datang kepadanya dengan merendahkan diri. Sedangkan sesiapa saja yang menjadikan dunia sebagai tujuannya maka Allah pasti akan menjadikan kefakiran bertahta di antara kedua matanya, mencerai-beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kecuali yang ditetapkan untuknya sahaja.”

Dan juga Sunnah daripada Nabi Ibrahim alaihissalam.
maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar”.
Maha Suci Allah......
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),
– As Saffat, ayat 102 – 103.

Pengorbanan sebenar di sebalik Eidul Adha ini ialah :

1- Berkorban untuk melaksanakan perintah Allah & Rasul
2- Berkorban untuk melaksanakan arahan ibu bapa
3-Berkorban untuk melaksanankan kewajipan sebagai seorang suami atau pun seorang isteri
4- Berkorban untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar
5- Berkorban di dalam kehidupan seharian kita

Eidul Adha atau Hari Raya Qurban merupakan satu perayaan yang disyorkan untuk meng’flashback’ peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t. Juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana pada bulan ini diperintahkan juga umat Islam yang bermampuan untuk menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram

Di dalam kehidupan seharian kita pasti memerlukan kepada pengorbanan sama secara terpaksa atau sukarela. Kita pernah berkorban meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak demi pelajaran,atau mencari rezki untuk keluarga.. berkorban waktu tidur demi kerja,demi menjaga anak2,suami,isteri, berkorban waktu makan demi kawan dan sebagainya…...

Sekian wassalam...


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah

Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Tanah haram jagalah pantang larangNya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rosakkan haji
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita sentiasa memiliki jiwa hamba

Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalah



Selasa, 1 November 2011

.: 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan :. ~ Albukhariy.Net

.: 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan :. ~ Albukhariy.Net

.: Pengembaraan yang hakiki :. ~ Albukhariy.Net

.: Pengembaraan yang hakiki :. ~ Albukhariy.Net

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II ~ Albukhariy.Net

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II ~ Albukhariy.Net

8 Syuhada dan 10 Luka dalam 24 Jam Terakhir Pembunuhan Zionis ~ Albukhariy.Net

8 Syuhada dan 10 Luka dalam 24 Jam Terakhir Pembunuhan Zionis ~ Albukhariy.Net

Tsunami dan tragedi Di Jepun Peringatan Dari Allah! ~ Albukhariy.Net

Tsunami dan tragedi Di Jepun Peringatan Dari Allah! ~ Albukhariy.Net

Tsunami dan tragedi Di Jepun Peringatan Dari Allah! ~ Albukhariy.Net

Tsunami dan tragedi Di Jepun Peringatan Dari Allah! ~ Albukhariy.Net

MESIR - Tahrir Square Kembali Meriah ~ Albukhariy.Net

MESIR - Tahrir Square Kembali Meriah ~ Albukhariy.Net

Israel Desak Facebook Tutup Laman Intifada ~ Albukhariy.Net

Israel Desak Facebook Tutup Laman Intifada ~ Albukhariy.Net

.: DIRI YANG TERHIJAB, ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB :. ~ Albukhariy.Net

.: DIRI YANG TERHIJAB, ALLAH S.W.T TIDAK DIHIJAB :. ~ Albukhariy.Net

Korban Dunia Untuk Akhirat ~ Albukhariy.Net

Korban Dunia Untuk Akhirat ~ Albukhariy.Net

Pahala Terakhir Seorang Isteri!!! ~ Albukhariy.Net

Pahala Terakhir Seorang Isteri!!! ~ Albukhariy.Net

Kelebihan Qurban ~ Albukhariy.Net

Kelebihan Qurban ~ Albukhariy.Net