UkhWaH FillAh.....

Khamis, 19 Januari 2012

Ayat-Ayat Cinta PeneNanG Jiwa....

Ayat-Ayat Cinta PeneNanG Jiwa....




Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
iyerr benar sekali ..sahabat-sahabat2..ayat-ayat Al-Quran sesungguhnya boleh menenangkan jiwa,hati-hati kita jika di amalkan dengan istiQamah..
marilah kita sama-sama membaca...menghayati  mengamalkan Al-Quran Mukjizat terulung Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw..
terlalu banyak kelebihan2 apabila kita mengamal kannya..
 Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hijr, ayat 9)




Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini terdapat surah-surah yang boleh dibaca serta kesannya ketika sedang hamil...insyaAllah...atas kehendak-Nya jua...

1=  Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan                                            2  =  Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.              3 = Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
4 =. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
5 =. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
6 = Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7 = Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
8 = Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

terdapat banyak lagi fadhilat-fadhilatnya...insyaAllah Amirah Solihah akan sambung di lain waktu...

wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan