UkhWaH FillAh.....

Rabu, 20 Jun 2012

Wanita Cantik Yang Mana??....Muhasabah Diri....

Perempuan yang tidak bertudung memang cantik dipandang dengan mata kasar.....tetapi perempuan yang bertudung adalah lebih cantik dan akan nampak Mulia......???



Subhanallah!....
Apakah benar kata-kata di atas?...bagi saya memang tepat sekali,..jika kita lihat mana-mana perempuan yang tidak bertudung atau dengan ayat tepat  lagi yang tidak menutup auratnya  memang lah cantik jika dipandang dengan mata kasar kita,tetapi di sebalik kecantikannya tidak ada sinar kemuliaannya...Kecantikan itu akan pudar dimamah usia..walau kita berusaha untuk mengekalnya.Namun Mulia boleh bertahan selama-lamanya jika kita bijak memeliharanya..Justeru antara cantik dan mulia mana yang lebih utama?..
Setiap orang pasti ada jawapannya dan perspektif yang berbeza mengenainya..



Sesuatu permata yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat Dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak Akan dibiarkan terdedah bukan? Itulah perbandingannya dengan seorang wanita...

Bukan lah saya menyatakan semestinya semua wanita yang menutup aurat tu confirm masuk syurga!...tapi kita hendaklah wajib menunaikan segala perintah Allah SWT...untuk memiliki KUNCI Syurga itu sendiri... sama ada kita masuk syurga atau neraka itu semua dengan Kasih Sayang Allah SWT..apa yang wajibnya..seseorang wanita Islam itu wajib menunaikan segala perintah Allah SWT...





Kita wajib Mendidik anak-anak perempuan untuk memakai pakaian yang menutup aurat, harus dimulakan sejak mereka kecil, untuk membiasakan mereka dengan tudung dan baju labuh walaupun dalam keadaan yang tidak menyelesakan. Jika tidak diasuh sejak kecil, khuatir nanti bila tiba saat dia wajib mengenakan pakaian yang menutup aurat, rasa tidak selesa dan tidak biasa akan menghalang dirinya dari melaksanakan perintah Allah.


Harus diingat, bahawa anak-anak perempuan (yang telah baligh) yang keluar tanpa menutup aurat akan mendatangkan dosa buat ayahnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bersabda:

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)- di petik dari zaharuddin.net



firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang jahiliyah zaman dulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara yang mencemarkan dari kamu wahai ‘Ahlu Bai’, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)


.Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)









Sudah jelas segala ayat-ayat Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran,namun masih ramai lagi yang terlalu berani menentang hukum Allah SWT ini...ada yang mengatakan semua itu pakaian ketinggalan zaman,panas lah bertudung...rasanya mereka yang berkata demikian tak sanggup hadapi sedikit kepanasan di dunia ini,namun mereka lebih berani menghadapi kepanasan di akhirat kelak...ada yang masih belum bersedia....nak tunggu sedia bila??...apabila kita di kafan kan?...kita dipakaikan tudung putih....benar?..


sahabat-sahabatku..Allah mahu muliakan semua wanita Islam sebab itu lah di perintahkan kita menutup aurat kita... Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa.
Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan Allah SWT..

Ingatlah sahabat-sahabat ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…


Buat Lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-lakiyang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Buat Wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada mahramnya… (24:31)







wallahua'lam...





Amirah Solihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan