UkhWaH FillAh.....

Isnin, 21 Mei 2012

HatiKu..JaGaLah Hatimu...




KATA IMAM AL-GHAZALI..
cari lah hati mu ketika membaca Al-Quran,jika kau tidak temui,carilah hati mu ketika menunai kan solat,..jika kau tidak temui carilah hatimu ketika kau duduk tafakur..jika kau tidak temui juga pohonlah kepada Allah pinta hati yang baru...

Adakalanya makin banyak beribadah,semakin subur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia,Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah
masih subur di dalam hati manusia,Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada
Bela-membela tidak pernah ada,di dalam kehidupan manusia
Rupanya ibadah manusia itu,tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat,menghilang mazmumah yang merbahaya
Kalau penyakit tidak sembuh,sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena...



Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa,Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah,apa-apa kepada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia,Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa-apa,Ibadah orang yang lalai,untuk dimasukkan ke Neraka sahaja,kerana ibadahnya tidak sampai ke matlamatnya,ibadah yang tidak besertakan hati yang khusuk dan tawadhuk kepada Khaliqnya,..


Menurut imam Al-Ghazali terdapat banyak tanda penyakit hati antaranya :-

Pertama
: Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt.
Kedua: Mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk ketika melakukan ibadah.
Ketiga: Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.

 "Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengar, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, daripada ilmu yang tidak bermanfaat, aku berlindung kepada engkau daripada empat perkara yang buruk ini."



Satu Kisah Yang Boleh kita jadikan pengajaran buat kita

 untuk mendidik hati yang bersih...

Suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat di masjid. Lalu baginda SAW bersabda, “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Allah SWT telah menyampaikan perkara itu melalui Jibril AS.
Berpalinglah seluruh sahabat yang hadir ketika itu menanti siapakah pemuda bertuah yang bakal memasuki pintu itu. Pemuda yang telah meraih anugerah teragung yang di dambakan semua para sahabat dan orang-orang mukmin. Semua tertanya siapakah gerangan yang telah dinobatkan sebagai ahli syurga itu.
Lalu masuklah seorang pemuda dari kalangan badwi. Pemuda itu terus sahaja mendirikan solat dua rakaat. Setelah selesai dia berzikir seketika lalu bangkit meninggalkan masjid.
Keesokkan harinya Rasulullah SAW berada bersama para sahabat di masjid. Baginda SAW mengulang sabda yang telah diucapkan semalam. “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Betapa terkejutnya para sahabat bila mendapati pemuda yang sama memasuki masjid.
Keesokkan harinya, buat kali ketiganya Rasulullah SAW mengulang sabda baginda yang telah diucapakan semalam dan hari sebelumnya. Para sahabat yakin bahawa pemuda yang akan memasuki masjid kali ini merupakan orang lain. Bukan yang telah masuk pada dua hari yang lalu berturut. Ternyata mereka dikejutkan dengan masuknya pemuda yang sama dan pemuda itu tidak melakukan selain amalan yang telah dilakukan pada dua hari sebelumnya iaitu solat dua rakaat, berzikir sebentar lalu meninggalkan masjid.
“Tidak syak lagi, pemuda ini telah diberi hidayah akan suatu kebaikan yang perlu aku ketahui apa yang diamalkan dan perlu aku fahami kisah sebenar pemuda ini.” Bisik Saidina Ali RA kepada hati kecilnya dan mula mengikuti pemuda itu ketika dia keluar dari masjid. Saidina Ali RA mengikutinya dari kejauhan hinggalah pemuda itu tiba di rumahnya. Saidina Ali RA segera memanggil pemuda itu.
“Siapa kamu?” Tanya pemuda itu ketika melihat Saidina Ali.
“Tetamu.” Jawab Saidina Ali RA ringkas.
Pemuda itu meraikan kehadiran Saidina Ali dan menjadikannya tetamunya selama tiga hari. Selama tiga hari itulah Saidina Ali RA memperhatikan segala amalan yang dilakukan pemuda itu. Maka Saidina Ali melihat dia mengerjakan solat fardhu dan sunat. Tetapi dia tidak melihat pemuda itu mengerjakan solat malam, tidak pula mengkhatamkan Quran pada setiap hari atau tidak pula duduk lama bertasbih.
Saidina Ali RA akhirnya memanggil pemuda itu agar duduk di dekatnya.
“Wahai pemuda, ceritakanlah kepadaku tentang dirimu. Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah SAW tentang kamu yang merupakan dikalangan ahli syurga. Beritahulah kepdaku penyebab itu.” Tanya Saidina Ali RA.
“Demi Allah aku tidak melaksanakan amalan melebihi apa yang engkau lihat dariku. Aku tidak banyak mendirikan solat seperti kalian, tidak juga berlama mengucapkan zikir dan tidak pula aku mampu mendirikan solat malam akan tetapi sesungguhnya aku tidak pernah meletakkan kepalaku di atas bantal melainkan dadaku kosong dari ghillun(kebencian, hasad, dendam atau sakit hati) terhadap sesiapa pun.” Jelas pemuda itu.
“Dan kami lenyapkan seluruh rasa dendam di hati mereka, mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas tilam-tilam.” [Al-Hijr : 47]


 Jika kita rasa hati kita sudah di jangkiti dengan sifat2 mazmumah marilah kita sama sama bersihkan dan ubatinya seperti menurut Syeikh Ibrahim Adham...beliau berpesan tentang 5 cara untuk ubati penyakit hati mati.
1)
Memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
2)
 Banyakkan puasa sunat disamping menjaga yang wajib
3)
Latih diri untuk bangun beribadat pada malam hari yang merupakan antara waktu dimaqbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada Allah.
4)
Sentiasa hadir ke majlis ilmu dalam menambah apa yang kurang, memperingat semula apa yang lupa, mempebetulkan kembali apa yang tersalah serta sentiasa mendampingi orang yang soleh.
5)
Banyak berfikir tentang hubungan kita dengan Allah diwaktu sunyi agar kita dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan taubat atas segala dosa yang dilakukan.
Ingatlah bahawa manusia yang beruntung ialah manusia yang hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Manakala manusia yang paling rugi ialah manusia yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan hari esok lebih teruk daripada hari ini
Tapi kadang-kadang disebabkan satu sifat ini,manusia merasa hati nya baik..dan tak perlu di ubati lagi..iaitu sifat EGO...

wallahua'lam...semoga ada manfaat bersama...
 Amirah Solihah. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan