Bismillahirrahmaanirrahimm...
Assalamualaikum.warahmatullahiwabarakatuh...
sahabat2,adik2,anak2ku yang di sayangi.....
Dengan merendahkan diri dan jiwa, pandanglah ke langit. Adakah terasa ALLAh begitu jauh? Tidak. ALLAh tidak pernah jauh!
Apabila
dilanda masalah dan kekecewaan dalam hidup, manusia segelintirnya akan
mula membuat perkara yang membawa dosa dengan sesuka hati. Boleh
dikatakan, mereka memprotes. Menunjuk protes kepada siapa? Kepada Tuhan.
Manusia adakalanya merasakan bahawa Tuhan itu jauh. Sangat jauh.
Tuhan
jauh kata mereka. Kononnya kerana Tuhan tidak menolong mereka
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka dibiarkan
terkapai-kapai dalam menghadapi dugaan yang ada. Tipikalnya, manusia
hanya akan berasa Tuhan itu dekat atau jauh apabila dilanda masalah yang
membuatkan manusia termangu-mangu.
Firman Allah SWT yg bermaksud..AlHadid 4
هُوَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ
اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الأرْضِ وَمَا يَخْرُجُ
مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ
مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dia yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Kemudian dia
bersemayam di atas arsy, dia mengetahui apa yang masuk dalam bumi dan
apa yang keluar darinya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik
didalamnya. Dan dia berserta kalian dimana saja adalah kalian, Dan
Allah terhadap apa yang kalian kerjakan , melihat.
Hanya Segelintir manusia. Tidak semua....
Begitulah
manusia. Cepat sahaja menuding jari kepada yang lain sebelum menuding
jari kepada diri sendiri. Bila dilanda masalah, ada tidak manusia akan
berkata kepada diri sendiri betapa selama ini dia jauh daripada Tuhan?
Ada tidak manusia berkata selama ini betapa banyak kewajiban dan suruhan
ALLAh Ta’ala yang tidak pernah dikerjakannya? Ya, memang ada. Namun
terlalu banyak yang merasakan Tuhan jauh berbanding merasakan dirinya
jauh dari Tuhan!
Membuka Tirai Perasaan Jauh
Kenapa
ada diantara kita merasa Tuhan itu jauh? Sebenarnya, itu adalah kerana
manusia yang menjauh. Apabila hati manusia tidak diisi dengan
perkara-perkara yang mengingatkan kepada-Nya, maka hati manusia akan
kosong daripada sentuhan-Nya. Lalu, mulai saat itulah manusia yang masih
tidak membuka mata hati mengatakan yang Tuhan itu jauh.
Walhal, Tuhan itu sentiasa dekat!
Kenapa
ada diantara manusia yang dengan tiada rasa bersalah sedikitpun dalam
benaknya meninggalkan solat. Sudahlah meninggalkan solat, mengucap
istighfar dan apatah lagi berdoa sangat jarang.
mengapa mereka dengan berani melakukan larangan-larangnan Allah SWT??...
Kerana dia merasa ALLAh Ta’ala itu sangat jauh, maka itulah tetapan mindanya!
Ini
bukan berkisarkan ALLAh Ta’ala itu jauh sebenarnya. Sebenarnya masalah
itu adalah pada manusia itu sendiri. Kurang membuatkan diri tersentuh
dengan perkara yang berkaitan dengan-Nya. Kurang atau tidak pernah
memohon ampun merendahkan diri dengan sujud kepada-Nya.
Hati
yang kotor dengan perbuatan tuan badan sendiri akan mengakibatkan
cahaya hidayah tidak dapat menyentuh hati. Apalagi untuk memasukinya.
Dek kerana kotoran didalam hati itu, maka tiada ruang lagi hidayah untuk
bermukim. Memang betul, yang memberikan hidayah kepada seseorang itu
adalah ALLAh Ta’ala. Dan insyaAllah, ALLAh Ta’ala akan memberikan kepada
orang-orang yang berusaha untuk itu!
Mungkin juga kerana
manusia itu hanya melihat dunia ini sebagai dirinya sahaja tanpa
mengaitkan setiap satu yang dapat ditangkap oleh pandangan matanya
berkait rapat dengan ALLAh Ta’ala. Ya benar.. Memang sangat berkait!
Kerana ALLAh Ta’ala itu adalah Pencipta, dan manusia serta apa yang
wujud itu adalah ciptaan-Nya!
Firman Allah SWT yg bermaksud...AlBaqarah-186
Dan apabila bertanya hamba-ku tentang aku, Maka Sungguh aku Dekat.
ALLAh Tidak Jauh, ALLAh Itu Dekat
Setiap
helaan nafas, setiap kelipan mata, dan setiap gerakan langkah yang
tercipta, apakah manusia boleh menafikan bahawa ALLAh Ta’ala itu dekat?.
Kalau tidak kerana ALLAh yang mengizinkan semua itu terjadi, adakah
manusia akan dapat bergerak dengan sendirinya?
Pernah
merasa ALLAh Ta’ala itu jauh? Saya tidak malu mengaku bahawa saya
pernah. Disaat itu, ujian datang bertubi-tubi. kita tidak tahu mahu
mengadu dengan siapa (manusia). Kerana jika kita kita mengadu kepada
manusia kita akan merasa lega hanya seketika sahaja!..berbanding apabila
kita mengadu kepada Ar-Rahman..Ar-Rahimm Subhanallah..kita akan merasa
ketenangan seluruh jiwa ini... ..apabila kita hampir dengan-Nya..
kita temui ketenangan. Kedamaian.
Dan yang penting, kita akan temui suatu jawapan. Jawapan kesedaran!
Sungguh,
ALLAh Ta’ala tidak pernah jauh. Selagimana manusia melembutkan hati dan
memandang semua kejadian itu adalah hidayah dan hikmah daripada ALLAh
Ta’ala. Kerana memang itulah hakikatnya.
“Dan
sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – Qaf : 16
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku
dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah :
186
Itu kenyataan dan perkhabaran dari ALLAh, bahawa sesungguhnya Dia sangat dekat!
Dan
sekali lagi, masalahnya sebenarnya terletak pada diri manusia itu
sendiri. Kenapa apabila ditimpa masalah, justeru merasa bahawa ALLAh itu
tidak adil dan jauh? Sedangkan para pejuang agama dan para Rasul dan
Nabi terdahulu diuji dengan hebat. Mereka itu lebih baik daripada kita
ini, padahal!
Mengapa ringan sahaja mengukir bicara
dibibir bahawa kita sangat yakin menuturkan rasa cinta kepada ALLAh dan
Rasul-Nya, tetapi apabila ditimpa suatu musibah. Maka ukiran dibibir dan
yang terbuku dihati sangat berbeza. Jadi, manakah buktirnya kata-kata
yang indah itu? Yang dimana kata-kata yang anda tuturkan itu menggugah
perasaan manusia lain!
adakah kita jadi malu bila membaca firman ALLAh ini,?
“Apakah
kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian)
seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai
cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,
‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAh?’ Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan ALLAh itu sangat dekat.” – al Baqarah : 214
Kita memang cepat melatah, kan. *malu*
Sudahlah cepat melatah, jarang bersyukur lagi, malahan!
Dan itu ALLAh pernah rakamkan didalam alQuran,
“..Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur.” – Saba’ : 13
Jangan
pernah merasakan perkara seperti ini; ALLAh itu jauh. Sebaliknya,
berilah amaran kepada diri sendiri dan katakan kepada diri sendiri
bahawa memang diri andalah yang makin jauh dari ALLAh Ta’ala. Disaat
merasakan perkara itu, maka mohonlah keampunan dari Dia. Moga kita
dikuatkan oleh-Nya.
Mintalah segala permohonan daripada-Nya. Kerana sesungguhnya, Allahul musta’an!
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan