UkhWaH FillAh.....

Khamis, 19 Januari 2012

HADIS PILIHAN




Bab hamba harta
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم
 تَعِسَ عَبْدُ اَلدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullahs.a.w.bersabda:
Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika tidak diberi ia tidak rela
Riwayat Bukhari

Bab : Minta pertolongan
وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ: يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَسَنٌ صَحِيحٌ
Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku pernah di belakang
Rasulullah s.a.w. pada suatu hari dan beliau bersabda:
Wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah niscaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah niscaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah.
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadits ini shahih.


Bab : Berzuhud
وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ:
 جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اَللَّهُ وَأَحَبَّنِي اَلنَّاسُ. فـقَالَ: اِزْهَدْ فِي اَلدُّنْيَا يُحِبُّكَ اَللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ اَلنَّاسِ يُحِبُّكَ اَلنَّاسُ
 رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَسَنَدُهُ حَسَنٌ
Sahal Ibnu Sa'ad r.a. berkata:
Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w  dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang mereka akan mencintaimu.
Riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan.


Bab : Menjadi kaya
وَعَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رضي الله عنه قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: 
إِنَّ اَللَّهَ يُحِبُّ اَلْعَبْدَ اَلتَّقِيَّ اَلْغَنِيَّ اَلْخَفِيَّ

Sa'ad Ibnu Abu Waqqash berkata:
 Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertaqwa yang kaya dan yang tersembunyi.
Riwayat Muslim.


Bab : Meninggalkan perkara sia-sia
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ اَلْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَسَنٌ

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Termasuk baiknya keislaman seseorang ialah ia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadits hasan.


Bab : Segera uruskan jenazah
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ, فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا إِلَيْهِ, وَإِنْ تَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
"Bersegera dalam mengurus jenazah, karena jika ia baik maka engkau telah memajukan suatu kebaikan untuknya, dan jika tidak maka engkau menurunkan suatu kejelekan dari lehermu."
Muttafaq Alaihi.

Ayat-Ayat Cinta PeneNanG Jiwa....

Ayat-Ayat Cinta PeneNanG Jiwa....




Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
iyerr benar sekali ..sahabat-sahabat2..ayat-ayat Al-Quran sesungguhnya boleh menenangkan jiwa,hati-hati kita jika di amalkan dengan istiQamah..
marilah kita sama-sama membaca...menghayati  mengamalkan Al-Quran Mukjizat terulung Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw..
terlalu banyak kelebihan2 apabila kita mengamal kannya..
 Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hijr, ayat 9)




Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini terdapat surah-surah yang boleh dibaca serta kesannya ketika sedang hamil...insyaAllah...atas kehendak-Nya jua...

1=  Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan                                            2  =  Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.              3 = Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
4 =. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
5 =. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
6 = Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7 = Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
8 = Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

terdapat banyak lagi fadhilat-fadhilatnya...insyaAllah Amirah Solihah akan sambung di lain waktu...

wassalam...


Selasa, 17 Januari 2012

NASIHATI LAH.......

 
 
  “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”~ Imam Al-Syafie
: Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian. ::

Kita sangat dianjurkan untuk nasihat menasihati dan beringat ingat sesama manusia. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada pencipta kita, Allah S.W.T. seperti mana dalam firman-Nya ::

"Mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". (Surah al-Asr:3)
sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(QS. Qashash:56)

Sesungguhnya kamu tidak akan bisa memberi petunjuk terhadap orang yang kamu cintai dari kaummu atau selain mereka. Jika kamu mengerahkan seluruh kemampuanmu maka kamu tidak akan mampu. Sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan dan Allah akan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki karena Allah memiliki hikmah yang matang dan hujjah yang tidak bisa dibantah.[5]

Mari berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan! “… Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ” (QS. Al-Baqarah: 148)
I ♥ الله ♥ : I ♥ الله •*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤ I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥
Berikanlah peringatan..
Buat diriku yang kealpaan..
Kejutkanlah diriku..
Daripada lamunan kesilapan..
Kerana suatu peringatan itu amat bermakna bagi insan yang beriman..♥♥

Berikanlah peringatan..
Untukku dan untuk semua..
Agar aku dan kalian tidak tersasar dalam mengejar impian..♥

Selami luahan isi hatiku ini..
Selami rasa jiwaku ini..
Selami suasana irama hatiku yang syahdu ini..
Selami diriku ini yang sesungguhnya amat perlukanmu..♥
Agar kau memahami..
Rahsia yang terpendam di kalbu..
Oh sahabatku....
❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤

Jangan Letih Menyampaikan Dakwah Di Alam Maya....



 Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakatuh...
PELUANG BERAMAL DIHADAPAN MATA KITA...

Sabda Rasulullah SAW : Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka. (riwayat al-Bukhari)

Firman Allah SWT yang bermaksud..
 Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali-‘Imran: 104)


Kegiatan dakwah boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk. Islam tidak mengehadkan para pendakwah menggunakan medium tertentu dalam proses dakwah. Malah, mereka digalakkan menggunakan medium terbaik mengikut kesesuaian zaman dan keberkesanan dakwah kepada sasarannya.

Dunia langit terbuka dan globalisasi menyebabkan manusia semakin dekat antara satu sama lain. Ini menyebabkan akses kepada segala informasi sangat mudah diperolehi.
Persoalan dan ilmu agama yang secara konvensional biasanya diperolehi di sekolah, surau atau masjid kini menjadi sangat mudah dikutip melalui Internet.

Justeru, kemunculan laman web, blog atau pelbagai bentuk perantaraan maya berbentuk dakwah Islam adalah suatu yang dialu-alukan bagi mereka dan semua pelayar internet.
Dakwah melalui Internet adalah kaedah dakwah secara tidak langsung, iaitu pendakwah tidak bertemu secara fizikal dengan sasaran dakwah. Dakwah ini biasanya berlaku melalui aplikasi dalam internet ataupun peralatan perhubungan lain termasuklah telefon bimbit.

Dakwah maya tidak mensyaratkan seorang pendakwah tersebut mahir dalam komunikasi atau mempunyai ilmu Islam yang banyak. Malah, sesiapa sahaja boleh menjadi pendakwah...
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan ( ilmu: sunnah/ amal saleh) dan kami tidak akan mencegah ( dakwah/ amar ma'ruf nahi mun'kar) kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."( Hr. Thabrani )

Yang penting dalam dakwah maya adalah bahan dakwah bukannya siapa yang menyiarkannya. Ini bererti dakwah bukanlah kerja eksklusif ustaz serta ulama sahaja, namun mestilah wujud dalam sanubari setiap individu Muslim.
Pendakwah maya biasanya terdiri daripada dua kumpulan, iaitu external dan internal. Pendakwah External adalah mereka yang terlibat menyebar bahan tentang Islam yang diambil melalui pelbagai sumber ke dalam laman web mereka atau laman web orang lain.

Pendakwah Internal pula adalah mereka yang benar-benar mempunyai ciri pendakwah yang terdapat dalam ilmu dakwah Islam dan mereka biasanya mempunyai laman web sendiri dan boleh berinteraksi dengan sasaran (mad’u).

Dakwah ini merupakan medium baru yang sangat berkesan. Tugasan dakwahnya dijalankan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun. Banyak kelebihan lain yang boleh dimanfaatkan terutamanya untuk menarik perhatian golongan sasar seperti orang muda dan masyarakat dunia.

Aplikasi Internet seperti laman web, portal, blog, emel, SMS Internet, borak siber dan sebagainya boleh digunakan untuk berdakwah di samping menangkis anasir buruk yang disasarkan kepada Islam. Kewujudan domain dakwah dalam aplikasi ini oleh para tekno-daie secara langsung dapat menyebarkan Islam seantero dunia.

Dakwah maya diakui mempunyai sasaran yang lebih luas. Internet selaku perpustakaan terbesar dunia sendiri boleh bertindak mencari jawapan kepada persoalan pelayarnya. Informasinya sampai kepada audien dengan lebih pantas dan interaksi dua hala tidak terganggu dengan sifat pemalu atau takut.

Ia tidak terbatas kepada ruang dan waktu, tetapi terbuka untuk diakses oleh sesiapa sahaja. Peluang yang disediakan adalah setiap saat tanpa mengira lokasi atau memilih siapa.

Hakikat ini sepatutnya direbut dan digunakan oleh pendakwah kita semaksimum mungkin. Malah, kita boleh mengikuti perkembangan dakwah di dunia luar di samping bertukar-tukar pendapat serta pengalaman dengan pendakwah dan ahli ilmu lain.

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan dalam dakwah maya di Internet. Antara yang popular adalah melalui laman web, emel (seperti Yahoo! Mail dan Gmail), chatting (seperti Yahoo! Messenger dan Skype), group discussion (seperti Yahoogroups dan Googlegroups) dan laman hubungan sosial seperti facebook dan twitter.

Selain itu, dakwah juga boleh disampaikan melalui sistem audio video Internet. Bahan ceramah, kuliah atau simulasi Islam boleh dikongsi dan disalurkan ke seluruh dunia secara audio atau video.

Webtv sebagai contohnya begitu popular di kalangan remaja sekarang. Laman webtv seperti youtube.com, metacafe.com dan video.google.com sangat mudah digunakan dan yang penting ia boleh digunakan secara percuma.
Laman web analisa trafik rank, alexa.com menyenaraikan nama domain laman web di Malaysia yang paling ramai dikunjungi adalah facebook.com, kemudian diikuti dengan google.com.my, youtube.com, google.com, blogspot.com, yahoo.com, blogger.com, wikipedia.org dan twitter.com.

Malah, senarai nama domain popular ini juga membuktikan ramai rakyat Malaysia melayari laman web berbentuk portal (seperti google.com dan yahoo.com yang biasanya digunakan untuk search engine) dan berbentuk jaringan sosial (seperti facebook.com dan blogspot.com yang biasanya digunakan sebagai weblog).

Laman web jaringan sosial, terutama yang menawarkan sistem weblog, borak siber atau perkongsian video, fail atau gambar merupakan bentuk laman web yang begitu disukai oleh rakyat Malaysia. Antara yang paling popular adalah Facebook, Youtube dan Twitter

Selain di Malaysia, laman web berbentuk jaringan sosial juga popular di seluruh dunia. Ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada pendakwah untuk memilih bentuk laman web yang disukai oleh orang ramai dalam menyalurkan bahan-bahan dakwah.

Oleh itu, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian untuk mewujud dan menggiatkan usaha dakwah secara maya di Internet:
Semua pendakwah Islam mempunyai laman web atau weblog sendiri (sekurang-kurangnya facebook) yang beroperasi secara aktif, menarik dan mudah diakses serta mempunyai pautan dengan laman web bermanfaat lain.
Semua institusi dakwah Islam mesti sentiasa kemas kini dengan informasi dan interaksi kepada isu Islam semasa.
Laman web institusi berautoriti dan mempunyai dana seperti JAKIM (islam.gov.my) beroperasi dengan staf tetap yang ramai dan dikemaskini setiap jam.
Laman web dakwah mempunyai proses SEO (Search Engine Optimization) sebagai agen pemasaran dengan meta tag Islam untuk dikenali oleh enjin carian.

Laman web dakwah dilengkapkan dengan fungsi RSS (Really Simple Syndication atau Rich Site Summary) yang menjadi perantara bagi menyebarkan kandungan terkini laman web kita kepada pelayar Internet yang melanggannya.

Saudara saudariku..
Gunung ganang..
…terhampar luas dipandangan
pepohon menghijau..
…melambai-lambai keriangan
langit cerah..
…membiru terpampang diawangan
seolah semuanya..
…membisikan semangat dihatiku
semangat yang jitu pantang mundur
…menebal didalam kalbuku

Persis seorang mujahid..
…mahu berperang lagakku
yang bakal berjuang..
…menitiskan keringat dan darah
membasahi badanku dalam perjuangan
…mencari sebutir bintang yang satu
bakal terukir menerangi..
…dan mengharumkan agamaku

Semangat ku berkobar-kobar..
…hatiku mantap tiada berderau
pasti tidak aku hirau..
…walau sang belang menjadi lawanku
tetap ku tentang..
…hingga ke titisan darah terakhirku

Wahai mujahid mujahadahku ..
Andai kau ketahui....
Bahwa wang yang engkau gunakan on line
mengajaksaudara dan saudarimu di jalan Allah
Dapat menyelamatkanmu dari neraka Jahannam
Kenapa kau tinggal diam tidak mau mengajak.. ?

Wahai mujahid mujahadahku ..
Andai kau fahami...
Bahwa sekejap dalam alam maya untuk mengingatkan
saudara dan saudarimu akan bahayanya kemungkaran
Dapat mengharuskanmu menikmati kenikmatan
dan keindahan Jannah Kenapa memilih untuk diam. ?

Wahai mujahid mujahadahku ...
Andai kau mengerti.....
Bahwa menahan rasa ngantukmu
Bernilai pahala bagimu disisi Robmu
Kenapa bimbang dan memilih untuk tidur.?

Wahai mujahid mujahadahku ...
Andai kau fahami....
Bahwa setiap kata dan kalimat yang bernilai ibadah yang kamu posting
dapat menghapuskan dosa-dosamu maka tidak ada pilihan lain selain teruskan.

puisi Nukilan adikku  Zubair IbnuAwwam As-Sabah...

Ingatlah wahai saudara dan saudariku bahwa Rasulullah ada Nabi dan Rasul yang terakhir diutus kebumi untuk membawa risalah Allah.tapi Rasulullah dah wafat maka kitalah semua ummatnya penerus,pewaris dan penyambung risalahnya dan itu adalah merupakan kewajiban kita semua kalau bukan kita siapa lagi ...... ..

SELAMAT BERJUANG WALAU CUMA DI ALAM MAYA TAPI IANYA PERJUANGAN SUCI


Kesimpulannya, dakwah melalui internet dan secara maya mempunyai potensi yang besar. Seharusnya semua pendakwah Islam mempunyai laman web atau weblog sendiri yang sentiasa dikemas kini. Isu-isu dan persoalan ummah kontemporari hendaklah dijawab serta digarap secepat mungkin melalui medium ini. Jika ini dilakukan secara giat dan tersusun, nescaya aktiviti dakwah semakin efisien dan meluas ke antero dunia

wassalam...