UkhWaH FillAh.....

Sabtu, 1 September 2012

Pantun Nasihat "Kenapa Menyamar? "

~~ بسم الله الرحمن الرحيم  ~~

Mari berpantun Nasihat :)


Assalamualaikum pembuka Ayat
Buat sahabat yg di kasihi sekalian...
apa kah benar dikatakan Sahabat
tidak di hiasi kejujuran dan keimanan..

Persahabatan di alam maya rancak sekali
tak kira perempuan dan lelaki..
hiasi kejujuran indah sekali..
Penyamaran penipuan memakan diri..

Apa faedahnya kita menipu..
mendabik diri beriman banyaknya ilmu
AllahuAkbar !! Maha mengetahui
kebenaran terbukti mengaibkan diri sendiri..





banyak berlaku penyamaran ,penipuan,berpura-pura terutama di alam maya, Facebook..bukan lah nak mengada-adakan cerita..semua ini berlaku depan mata saya sendiri...juga bukan nak fitnah sapa-sapa...untuk pengajaran buat kita semua,terutama muslimah-muslimah yang masih single.
saya pinjam kata - kata..seorang pendakwah yang saya kagumi..
 En. Pahrol Mohamad Juoi ..

"Di samping Allah tahu siapa kita, diri kita juga tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita tidak boleh menipu Allah dan diri sendiri. Hidup berpura-pura hanya akan menghilangkan bahagia. Apabila orang hilang kepercayaan dengan diri kita pun terasa menderita... apatah lagi apabila diri hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Ya Allah, bantulah hati kami untuk ikhlas."

Muslimah-muslimah,adik-adik,anak-anak,sahabat-sahabat sekalian,..berhati-hati di alam maya ini.Tidak salah kita berkawan,bertukar-tukar ilmu...dan ada juga mencari pasangan hidup.Jodoh itu ada di mana-mana.seorang di Pulau Pinang seorang di Thailand bertemu jodoh di alam maya... :)..semua itu ada berlaku dan tak mustahil..yang soleh bertemu yang solehah atau yang solehah bertemu yang soleh di alam maya.
cuma bukan senang dan mudah,sebab di alam maya mereka boleh menyamar sebagai sapa-sapa yang mereka mahukan....kononnya dia seorang ustaz or ustazah,berstatus agama setiap masa.copy paste semua orang boleh buat kan?...
Ada juga yang sudah 40 an..menyamar 20an.ada yang sudah beristeri menyamar bujang..ini biasa la kan..ada juga yang sudah mempunyai 3 orang isteri  dan 11 orang anak mengaku bujang!!..Kadang-kadang hairan pun ada untuk apa mereka menyamar ni ya?..suka-suka saja? mengisi masa lapang?hobi mempermainkan orang ke?buat apa hobi yang mendatang kan dosa?
Ingatlah peribahasa yang biasa kita dengar sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
Allah Maha Berkuasa,Maha Mengetahui..






Bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)

Juga sabda Baginda lagi yang bermaksud..
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“

Allah Ta’ala berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, dari kalangan orang-orang yang beriman.” (QS. Asy-Syu’ara`: 215)

“Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.” (Q.S. 40 : 28).

Dan firman Allah : “Kemudian marilah kita bermubahalah (bersumpah) kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta” (QS. 3 : 61).


Kemudian Nabi SAW berwasiat agar kaum muslimin berpegang teguh pada kejujuran dan membuang jauh-jauh sifat pembohong.
Dalam hadits berikut beliau bersabda :


ان الصدق يهدى الى البر, ان البر يهدى الى الجنة, وان الرجل ليصدق حتى يكتب عند الله صديقا, وان الكذب يهدى الى القجور وان الفجور يهدى الى النار وان الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذابا (رواه البخارى و مسلم

“Sesungguhnya kejujuran akan menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menghantarkan kepada syurga. Seseorang yang berbuat jujur oleh Allah akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya bohong itu akan menunjukkan kepada kezaliman, dan kezaliman itu akan menghantarkan ke arah neraka. Seseorang yang terus menerus berbuat bohong akan ditulis oleh Allah sebagai pembohong.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim )


Rasulullah pernah bersabda lagi..
اية المنافق ثلاث : اذا حدث كذب واذا وعد أخلف واذا ؤتمن خان

“Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).

Pantun nasihat mengundur diri..
Muhasabah untuk diri sendiri,
Kalau ada yang termakan cili..
Jangan di simpan didalam hati,

Nasihat -menasihati sesama kita
untuk kebaikan kita berukhwah 
Sama-sama jauh kan dari neraka
Menuju syurga kasihkan Allah dan Rasulullah.

Sepuluh jari bersalaman
ku mohon maaf kepada teman
tanda kasihku mesra persahabatan
ukhwah ini di lupa jangan..

Wassalamua'laikum Warahmatullahiwabarakatuh..

~~Amirah Solihah.Ida ~~

http://www.facebook.com/rabiatuladawiah.indahnyacintamu?ref=tn_tnmn



Tiada ulasan:

Catat Ulasan