Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Ramai di kalangan kita
suami,isteri,anak2 dan ibu bapa tidak menyedari..sentuhan fizikal adalah
sesuatu yang amat di perlukan.Pelukan adalah sentuhan fizikal yang tidak perlu
di ajar lagi,bukan sahaja seorang bayi sahaja perlukan pelukan kasih
sayang,namun anak2 dewasa,suami isteri ,ibu bapa juga memerlukan pelukan,
Kadang-kadang di sebabkan kesibukan
tugas2 harian kita lupa kepada anak-anak yang memerlukan pelukan kasih
sayang.Seorang suami atau isteri lupa akan memeluk isterinya kecuali ketika
menunaikan nafkah batinya.Begitu juga di kalangan ibu bapa yang terlalu kedekut untuk memeluk anak-anak mereka,walaupun hanya seketika,..dengan kerana ini lah
terjadinya gejala2 sosial mereka mencari kasih sayang di luar yang tanpa
batasan halal dan haramnya.
Kajian telah membuktikan ..Seorang suami yang memeluk isterinya
untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap
kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam
kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan
sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari
segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan
isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Ada kajian di Amerika Syarikat
juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan
meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya
menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap...
pasangan suami isteri hendaklah
selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari
kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. ..
Begitu juga seorang anak yang sudah
dewasa selalu terjadi mereka merasa malu memeluk ibu bapa mereka sendiri untuk
menyatakan kasih sayangnya yang memeluk memelihara mereka sedari kecil
lagi,apabila ajal sudah menjemput ibu bapa masing2 baharulah memeluk sambil
meratap yang keterlaluan kerana menyesalinya….
Sabda rasulullah saw yg
bermaksud”Barangsiapa yang tidak mengasihi,maka ia tidak akan di kasihi”(bukhari
dan Muslim)
Perbanyakkanlah luahan kasih sayang
dengan ucapan dan sentuhan fizikal(pelukan)
Oxytocin adalah biokimia semulajadi
dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak dan suami
isteri,merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak,dan
menggalakkan suami untuk kekal setia kepada isteri.
Dalam kehidupan yang reality hormon
oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia,tanpa perang mulut atau
keganasan fizikal.Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon stress,iaitu
hormon cortisol dan norepinephrine.secara tak langsung oxytocin akan mengurang
risiko seseorang mengalami sakit jantung…
Marilah kita sama-sama amalkan
pelukan kasih sayang di dalam keluarga untuk terus mengecap kebahagiaan hingga
ke akhirat kelak..insyaAllah...
Di susun semula dari artikel
Dr.Zubaidi Hj Ahmad. Dan artikel Dato’Fadhilah kamsah.