UkhWaH FillAh.....

Khamis, 22 Disember 2011

RabiatulAdawiah Indahnya Cinta Kasih mu...


 Indah khabar  dari nyata,apalagi jika tergambar kenyataan,kepastian sama-sama kita cari ia,
pasti ketemu seumpama Rabiatuladawiyah...Alangkah indah hidupnya,berupa ummat Muhammad saw yg setia,tenang nada dan suara,tergambar dari jiwa.
Subhanallah,Masya Allah,kurniakanlah daku seumpama itu Ya RabbilAlamiin.
 Dialah... Seorang yang berpangkat Wali Allah swt;Cintanya semata-mata kerana Allah swt bukan berharap Kasih-sayang dr Allah swt,malah sanggup ia berbuat semata2 kerana Allah swt tanpa menanti apa pun balasan utk dirinya,malah ia sanggop jika Allah swt meletakkannya ke neraka,katanya wajar kalau Allah menghukum hambanya sebab Allah swt lbh mengetahui apa yg dia buat kpd kekasihnya.Kasihnya bukan terbukti kpd kemewahan atau kesenangan malah dlm kesiksaan juga tanda ia Kasih cinta kpd hambanya yg berdosa....Subhanallah Sebegitunya Wali Allah ia tidak menagih sembarang tuntutan/balasan apa yg dibuat atas suruhan Allah swt malah mematuhi dan mencegah dirinya apa yg dilarang oleh Alah swt. dan ia korbankan hawanafsu utk memperhambakan diri siang dan malam cukup dgn berzikrullah saja.Semata2 utk mendptkan Keampunan masayarkat kaum Hawa yg hidup bergelumang dgn maksiat Dosa2 Besar tanpa terasa.
 Rabiah al-Adawiyyah termasyhur kerana pengalaman spiritualnya, iaitu mahabah atau penyerahan diri total kepada Allah s.w.t. Pengalaman ini diperolehnya bukan melalui guru, melainkan melalui pengalamannya sendiri. Jika sebelumnya Hasan al-Basri, ahli hadis dan fikh, telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan, makan Rabiah melengkapinya dengan cinta kepada Tuhan. Cintanya kepada Allah s.w.t telah memenuhi seluruh jiwa raganya; tidak menyisakan tempat di hatinya untuk mencintai sesuatu selain Allah s.w.t. Baginya, dorongan mahabah berasal dari dirinya sendiri dan juga kerana hak Allah s.w.t untuk dipuja dan dicintai. Puncak pertemuan mahabah antara hamba dan cinta kasih Allah s.w.t yang menjadi akhir keinginan Rabiah.



Rabiah yang berparas cantik, memiliki suara merdu, dan pandai menari ini ditugaskan oleh tuannya sebagai penghibur. Setelah belasan tahun menjadi penghibur, suatu hari ketika bernyanyi, Rabiah merasakan kedekatannya dengan Allah s.w.t yang seolah-olah memanggilnya. Sejak itu, ia menolak semua perintah tuannya untuk bernyanyi dan menari sehingga tuannya marah, bahkan menyeksanya. Namun, Rabiah tetap berdoa kepada Allah sw.t. Rabiah pun dijual kepada seorang sufi yang kemudian mengajaknya menikah. Rabiah menolaknya kerana kecintaannya yang tinggi pada Allah s.w.t. Setelah dibebaskan, Rabiah memutuskan untuk hidup menyendiri.



Cinta Rabiah kepada Allah s.w.t merupakan cinta suci, murni, dan sempurna seperti disenandungkan  kepada syair ini: “Aku mencintaimu dengan dua cinta; cinta kerana diriku, dan cinta kerana diri-Mu. Cinta kerana diriku adalah keadaanku yang sentiasa mengingat-Mu yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini, mahupun untuk itu, pujianku bukanlah bagiku; bagi-Mulah pujian untuk semuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadrat-Mu. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selain Engkau.



Rabiah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kerana itu, ia memilih hidup zuhud agar bebas daripada segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan. Dia pernah memanjatkan doa: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu.”



Perkahwinan baginya adalah rintangan. Dia menerima banyak lamaran untuk bernikah, tetapi menolak semua lamaran itu. Mengenai cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w, dia berkata: “Aku cinta kepada Nabi s.a.w, tetapi cintaku kepada Khalik (Maha Pencipta) memalingkan perhatianku daripada cinta kepada makhluk (segala ciptaan).”



Rabiah sang pencinta agung itu, mencintai Tuhan buka kerana naluri kewanitannya. Dia mencintai Tuhan dengan sepenuh jiwanya, ia mencintai zat-Nya, sifat-sifat-Nya. Ia bertafakur, berzikir, juga suntuk memaknai segala sesuatu tentang Kekuasaan dan Kebesaran-Nya, sehingga tidak ada ruang sedikit pun dalam dirinya untuk berfikir selain Dia.



Dia merelakan dirinya menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak ingin bernikah bukan lantaran tidak ada yang meminangnya, dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.



Ketika Rabiah ditanya: “Kenapa engkau tidak bernikah, wahai Rabi’ah?” Dia menjawab: “Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.”



Rabiah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sulit untuk dijabarkan melalui pena, diungkapkan melalui pemahaman.


Kalimat rindu dan ungkapan cinta Rabiah kepada Kekasih Sejatinya sering kita dengar dalam lantun tawajjuh-nya:


“Tuhanku, jika laku ibadahku

hanya untuk menjauhkan diriku daripada api neraka-Mu,

maka kelak bakarlah aku dengan api neraka-Mu.

Jika sembahanku hanya untuk meraih syurga-Mu,

Maka haramkan syurga-Mu bagi diriku.

Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayang-Mu,

Berilah aku kurnia-Mu yang besar,

Kurniakanlah kepadaku agar dapat melihat wajah-Mu

Wahai Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia.”


Dalam pandangan Rabiah, cinta pada galibnya adalah kehidupan spiritual, cinta berasal daripada Allah dan untuk Allah.


Terilhami rasa kasih yang dalam akan nasib kaumnya, Rabiah coba meluruskan pandangan ‘ubudiyyah mereka dengan bait syair:


“Mereka menyembah-Mu hanya kerana takut akan neraka-Mu

Kemenangan dan keselamatan bagi mereka

Adalah apabila terbebas daripada (niat seperti) itu.

Bagiku, masalahnya bukanlah pada syurga atau neraka-Mu

Aku tidak rela (Kau) Tuhanku diganti sembahan yang lain.”



Apa yang ingin ditegaskan Rabiah di sini adalah (bahawa) perilaku cintanya kepada Allah adalah tulus, jujur dan murni, demi dan untuk-Nya semata, tanpa kepentingan apa pun kecuali mengharap reda-Nya.



Rabiah tidak ingin seperti yang lain, yang meniatkan sembahannya untuk tujuan dan keinginan tertentu,  terlebih menghindarkan diri daripada sesuatu.



Cinta Rabiah adalah cinta  kepada zat-Nya, dan kerinduannya  adalah rindu pada sifat-sifat-Nya.



Dalam hal ini Rabiah telah jauh keluar orbit, menembus dimensi ruang dan waktu, dari epos sembahan kaumnya. Dia telah memfokuskan kepada satu titik ilah (sembahan yang satu) yang patut dicintai.



Apa yang ia sosialisasikan dengan ritual ibadah murni adalah sebuah perilaku cinta dengan penyerahan dan kepasrahan yang tulus, jauh daripada rasa takut.



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:



“… Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi:110)



Makna sufistik ayat di atas bagi Rabi’ah adalah, (bahwa) hendaknya seseorang jangan menyekutukan Allah dalam ibadahnya dengan berharap Syurga-Nya, atau agar terselamatkan dari Neraka-Nya.


Seorang penulis riwayat hidup Rabiah yang berasal dari Parsi mengisahkan kematiannya sebagai berikut:


“Pada masa menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang- alim duduk mengelilinginya. Rabiah meminta kepada mereka, ‘Bangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!’ Maka semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar sebuah suara, “… Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah dengan-Nya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)


Sesudah itu, tidak terdengar lagi suara apa pun, pada ketika orang-orang itu masuk kembali ke bilik itu, mereka Rabiah sudah meninggalkan dunia fana ini. Sesudah Rabiah menghembuskan nafas terakhir, segera para doktor yang berdiri di hadapannya meminta agar jasad wanita sufi ini segera dimandikan. Setelah semua jenzah wanita sufi itu dimandi dan kafankan, mereka bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan mengkebumikan jasad itu di tempat yang dia akan berada di sana selamanya.

SAAT KEMATIAN
Diriwayatkan dalam sebuah kisah bahawa ketika saat-saat akhir kematian Rabiatul Adawiyah iaitu seorang ahli sufi muslimah berada dalam keadaan wajahnya yang berseri-seri umpama pengantin baru di malam pertama dan tidak sedikit pun terdapat tanda-tanda kesedihan di raut wajahnya serta di dalam biliknya pula dipenuhi dengan haruman yang entah dari mana datangnya.Malah dalam maa yang sama, dia sempat berkata kepada orang-orang soleh yang (menunggunya) menziarahinya dengan berkata: “Berdirilah kamu dan pergi keluar, berikan jalan dan tempat buat utusan-utusan Allah yang datang.” Mendengarkan kata-kata itu yang keluar dari mulut Rabiatul Adawiyah sendiri, mereka pun segera keluar dari biliknya. Mereka tidak terus pulang, sebaliknya mereka menunggu di hadapan rumahnya untuk mengetahui apa yang akan terjadi.
   Tidak lama selepas itu, Rabiatul bersuara pula kepada pembantunya: “Ya Abdah, selimutlah saya dengan jubah itu .” (jubah yang sentiasa di pakainya untuk bersolat tahjaut). Setelah permintaannya itu dilaksanakan oleh Abdah, dia pun terus mengucapkan dua kalimah syahadah lalu menghembuskan nafas terakhirnya.


MIMIPI (I)

   Setahun setelah kematiannya, masyarakat sekeliling terutamanya rakan-rakan terdekatnya selalu sahaja mimpi bertemu dengannya. Mereka melihat wajah Rabiatul Adawiyah berseri-seri dan tenang serta gembira bersuka ria menerima kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.
   Antara mereka yang bermimpi bertemu dan bercakap-cakap dengan Rabiatul Adawiyah ialah Abdah binti Abi Syawwal, iaitu seorang hamba yang sangat terkenal dengan kebaikaknya di Basrah:
  
“Saya bermimpi melihat Rabiatul memakai perhiasan yang diperbuat daripada mutiara hijau dan memakai jubah yang dibuat daripada sutera.” Abdah kemudiaanya bertanyakan kepadanya: “Di mana engkau letakkan jubah yang engkau pakai sebagai kafan serta tudung (purdah) yang diperbuat daripada bulu itu?”

Rabiatul Adawiyah menjawab: “ Ianya telah diambil daipadaku dan lalu diganti dengan yang aku pakai sekarang ini. Ada pun kain kafanku itu telah dilipat, lalu diberi cop dan diangkat ke syurga ‘Illiyin’, dan pahalanya akan diberikan kepadaku pada hari kiamat.”

Abdah bertanya pula: “Apakah kerana ini engkau beramal selama hayatmu di dunia?”

“ Ini belum dapat mengimbangi pemberian Allah yang disediakan bagi wali-walinya,” jawab Rabiatul Adawiyah.

Abdah bertanya lagi: “ Bagaimana keadaan abdah binti Abi Kilab?”

Rabiatul menjawab: “ jauh sekali, jauh sekali! Dia telah mendahului kita ke darjat paling tinggi.”

“ Mengapa hal ini boleh terjadi? Bukankah engkau lebih mulia di sisi manusia?” Abdah bertanyakan lagi.

Rabiatul menjelaskan: “Ini kerana dia tidak pernah mementingkan keduniaan selama hidupnya.”

Sekali lagi Abdah bertanya: “Bagaimana pula keadaan Malik?”

“Dia dapat menziarahi Allah bila-bila masa yang dikehendakinya,” terang Rabiatul lagi.

Kemudian Abdah bertanya pula: “Bagaimana pula dengan kedudukan Basyar bin Mansur?”

Dijawabnya pula: “Bagus, bagus sekali. Dia telah diberi kemuliaan oleh Allah lebih daripada yang dicita-citakannya.”

Akhirnya Abdah bertanyakan kepadanya: “Katakanlah kepada saya amalan yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah, wahai Rabiatul.”

Rabiatul menjawab: “Perbanyakkan zikir, kerana zikir itu akan membahagiakanmu di dalam kubur.”



MIMPI (II)

Seorang soleh yang juga pernah bermimpi berjumpa dengan Rabiatul Adawiyah pernah mengajukan soalan seperti berikut kepadanya:

“Bagaimana engkau menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir?”
Jawab Rabiatul Adawiyah: “Ketika Mungkar dan Nakir menyoalku “Siapa Tuhanmu?”, aku menyuruh agar mereka menyampaikan kepada Allah; “Benarkah engkau memerintahkan dua malaikat menyoalku? Bukankah aku ini perempuan tua dari salah seorang hamba-hamba-Mu yang tidak mengenal selain-Mu? Apakah engkau merasa perlu menutus dua malaikat (Mungkar dan Nakir) untuk menyoalku?”

MIMPI (III)

Seorang murid Rabiatul Adawiyah ada memberitakan bahawa pernah bermimpi bertemu dengan bekas gurunya itu. Menurutnya selalu mendoakannya buat bekas gurunya itu setiap kali selesai solat. Dalam mimpinya pula rabiatul berkata kepadanya: “Hadiah-hadiah (doa-doa) yang engkau kirimkan telah sampai kepada kami. Hadiahhadiah itu dihantar dalam bejana yang berisi nur dan ditutupi dengan sapu tangan dari cahaya.”
wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan