UkhWaH FillAh.....

Selasa, 8 November 2011

WANITA SOLEHAH SEBAGAI SEORANG ANAK...






Bismillahirrahmanirrahim,…
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh…

Kasih sayang dan kemesraan selalu tersimpan di dalam diri seorang wanita.Perasaan ini memang secara fitrah telah dibekalkan Allah SWT untuknya.Namun begitu kasih sayang dan kemesraan itu tidak cukup untuk menjadikan wanita itu berbudi luhur dan sebagai penghuni syurga jika tidak di hiasi dengan ajaran yang mulia.Wanita solihah yang telah melengkapi dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni merupakan bunga idaman yang menghiasi taman-taman Syurga.
Wanita Solihah adalah wanita yang mengisi kehidupannya dengan fitrah kebenaran.Jika dia seorang anak,maka ia akan menjadi anak yang solihah.Jika dia seorang isteri,maka ia akan menjadi isteri yang taat dan patuh terhadap suami.Jika dia seorang ibu,maka ia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak.Begitu juga sebagai hamba Allah,dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada –Nya.Selanjutnya wanita solehah akan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesame insan.

Wanita Solehah Sebagai Anak.

 Firman Allah Ta'ala Surah Al-Isra'
وَقَضَىٰ رَ‌بُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ‌ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْ‌هُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِ‌يمًا ﴿٢٣ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّ‌حْمَةِ وَقُل رَّ‌بِّ ارْ‌حَمْهُمَا كَمَا رَ‌بَّيَانِي صَغِيرً‌ا ٢
yang bermaksud;-
23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

24. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan satu ketetapan,yang wajib dilakukan selagi tidak termasuk perkara-perkara mengharamkan yang halal atau menhalalkan yang haram.Kerana sesungguhnya ketaatan terhadap makhluk tidak dibolehkan apabila ia berkaitan dengan masalah derhaka terhadap Maha Pencipta.

Sebuah hadis telah menceritakan;..

“Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW ia bertanya”Sesungguhnya aku ingin berjihad,akan tetapi aku tidak mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya,”lalu Rasulullah bertanya”Apakah salah seorang kedua ibubapa kamu masih hidup?” lelaki itu menjawab”Ya,ibuku masih hidup,Rasulullah bersabda;”Seimbangkanlah ibadah kepada Allah dengan berbakti kepadanya,jika engkau telah berbuat demikian maka beerti pahala engkau sama dengan orang yang berhaji,berumrah dan berjihad.”(HR:Abu Ya’la dan Imam Thabrani dengan sanad baik)

Maha Suci Allah,..sungguh indahnya agama Islam ini..begitu besarnya jasa kedua ibubapa sehingga kan diangkat darjatnya apabila kita berbakti kepada keduanya.
Didalam hadis lain ada lagi disebutkannya “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,”Siapakah orang yang paling berhak ku baktikan diriku kepadanya?””Rasulullah Saw menjawab;Ibumu”.”Ia bertanya kembali””kemudian siapa lagi?;Rasulullah Saw menjawab Ibu mu” “Ia bertanya lagi “kemudian siapa lagi?, Rasulullah Saw menjawab “Ibumu” ia bertanya lagi “kemudian siapa lagi?Rasulullah menjawab “Ayahmu,”
                                                      (HR;Imam Bukhari dan Imam Muslim)

 Lagi Firman Allah dalam surah Luqman ayat 15;-
إِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِ‌كَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُ‌وفًا ۖ وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْ‌جِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٥ yang bermaksud...

15. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.

Asma binti Abu Bakar ra berkata:
“Ibuku datang menemui ku dimasa Rasulullah Saw,sedangkan ia wanita musyrik aku meminta pendapat kepada Rasulullsaw,aku brtanya kepadanya “Ibuku dating kepadaku menginginkan agar aku berbakti kepadanya,apakah aku di bolehkan menyambung hubungan ku dengannya?”Baginda menjawab “Ya hubungilah ibumu,”kemudian Allah SWT menurunkan ayat “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yang tidak memerangi kamu,kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu,Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”(Al-Mumtahanah ;8) HR.Imam bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Daud dan Imam Baihaqi)


Disini jelaslah wajibnya seorang anak berbakti kepada kedua ibubapanya walaupun berlainan agama mereka. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."

Anas Ibnu Malik ra.telah menceritakan,bahawasanya Rasulullah saw pernah bersabda : “Barangsiapa yang suka umurnya dipanjangkan dan rezkinya bertambah banyak ,maka hendaklah ia berbakti kepada kedua ibubapanya dan hendaklah ia menyambungkan silaturrahim,”(HR.Imam Ahmad)

Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu bapanya:-
>Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan
>Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian.
>Jika berhajat bantuan harus dibantu
>Menyahut panggilannya
>Mentaati semua perintahnya asalkan tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang)
>Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan
>Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran)
>Jika berjalan harus dibelakangnya
Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

> Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Abu Hurairah ra.mengatakan bahawasanya Rasulullah saw bersabda “Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya,atau salah satu diantaranya, pada setiap hari jumaat,maka diampuni dosanya dan di catat sebagai orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya”(HR.Imam Thabrani)
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.seperti mana pepatah melayu yang berbunyi seorang ibu sanggup menjaga sepuluh orang anak,tapi tidak ramai anak yang Berjaya menjaga seorang ibubapanya.. pun….

 Surah al-Ahqaf ayat 15 Allah telah berfirman;

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْ‌هًا وَوَضَعَتْهُ كُرْ‌هًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرً‌ا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْ‌بَعِينَ سَنَةً قَالَ رَ‌بِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ‌ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْ‌ضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّ‌يَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿١٥
yang bermaksud..
15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk.Janganlah ditangguh-tangguhkan perkara baik,sesetengah anak ada yang merasa malu memeluk ,mencium ibubapa mereka sendiri,cuba kita bayangkan sewaktu kita kecil,beribu-ribu kali ibu mencium kita dengan penuh kasih sayang,menjaga makan minum,sakit pening kita,berjaga hingga larut malam…jika hendak di catit tidak akan habis segala pengorbanan kedua ibu bapa kita, Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.Sayangilah mereka,peluklah mereka,ciumlah mereka,janganlah apabila kedua tubuh mereka kaku,dan sejuk barulah kita hendak memeluk dan mengucup pipi mereka…… Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat mereka,mungkin kita akan tahu.
Rasulullah saw telah bersabda “seseorang hamba Allah yang kedua ibubapanya atau salah satu daripadanya telah wafat,sedangkan ia telah berbuat derhaka atau telah menyakiti mereka,kemudian ia selalu mendoakan dan memohonkan ampunan buat mereka berdua,maka nescaya Allah memcatatnya sebagai anak yang berbakti”.(HR.Imam Baihaqi dari Anas ra.)

Wallahua’lam..
سْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥ اهْدِنَا الصِّرَ‌اطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦ صِرَ‌اطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ‌ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧
Al-Fatihah buat ibuku yang amat dirindui….




Tiada ulasan:

Catat Ulasan