UkhWaH FillAh.....

Khamis, 10 November 2011

HADIS EMPAT PULUH ( ke tiga )

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Dimulai dengan kata-kata Imam An-Nawawi..

Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekalian makhluk, Pengutus para Rasul S.A.W kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Adapun selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali Ibn Abi Talib, Abdullah Iibn Mas‘uud, Mu‘az Ibn Jabal, Abu Al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan riwayat yang bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim.

Dalam riwayat Abu al-Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam golongan para syuhada’ ”.

 Hadis Ketiga

Rukun Islam dan Tunggak Utamanya

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله  عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا ل
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.

Maksudnya:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Penerangan:



1. Islam di bina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak kepada binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.

2. Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.

3. Pengertian kalimah syahadah (kesaksian): Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.

4. Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahada. terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu: Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ihklas tanpa syirik, benar tnapa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.

5. Solat adalh rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalmah syahadah. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.

6. Terdapat persoalan: Mengapakah tidak disebutkan jihad sedang ia adalah amalan yang paling afdhal? Jawabnya: Jihad adalah fardhu kifayah. Ia hanya menjadi fardhu ain waktu tertentu sahaja.

 Semoga kita semua dapat dan berusaha untuk mengamalkannya insyaAllah..
Wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan