UkhWaH FillAh.....
Selasa, 8 November 2011
PERSAHABATAN ITU INDAH JIKA BENAR-BENAR BERLANDASKAN ISLAM...
AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh…
anak2ku,adik2ku,sahabat2ku yang di kasihi…
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri kita sendiri.
Kita harus mementingkan sahabat kita seperti kita lakukan terhadap diri kita juga. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
“Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
>>Manakala sifat ikhlas pula akan memberikan kesegaran kepada jiwa, ikhlas memberi dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap individu muslim itu.
>>Setiap muslim harus menyemaikan sifat ikhlas itu sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
>>Tahukah anda, kerana tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam, berdendam memang dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah taqwa kepada Allah SWT.
>>Oleh itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa kita. Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain.
>>Cuba kita renung dan berfikir sejenak, bertanya dengan diri kita…Adakah kita telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat kita ? Adakah kita sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam ?
>>Sekiranya kita telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan kita…Alhamdulillah…Tetapi ada juga sesetengah manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk di jadi sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “ada udang disebalik batu”.
Sebagaimana perkataan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, “Sesungguhnya siapa saja yang senang kepadamu karena adanya keinginan, maka ia akan berpaling darimu jika telah tercapai keinginannya”.
Nabi Muhammad SAW pernah mengibaratkan ikatan persahabatan antara dua orang muslim dengan kedua belah tangan. Beliau tidak memakai perumpamaan lain karena jalinan hubungan antar kedua tangan sangat cocok untuk dijadikan, ibarat dalam menjalani hubungan sesama manusia. Kita bisa melihat bagaimana kedua belah tangan saling membantu satu sama lain dalam usaha menggapai tujuan. Keduanya bersatu padu dalam mewujudkan tujuan. Keduanya melebur menjadi satu untuk mencapai tujuan yang sama.
Telah Bersabda lagi Nabi saw, “Paling utamanya amal baik ialah memberi kegembiraan kepada saudaramu yang beriman”. (HR. Ibnu Abi Dunya).
Selain itu, seseorang dalam bergaul juga dituntut untuk selalu menampakkan wajah ceria. Mengucapkan salam jika bertemu. Memaafkan bila terjadi kekeliruan. Saling memberi nasihat. Sama-sama mendo’akan karena do’a seseorang untuk temannya mudah terkabulkan. (HR. Muslim).
Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.
Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya,ataupun kerana fitnah pihak ketiga yang mempunyai sikap dengki-mengdengki?, sanggupkah kita melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?
Marilah kita sama-sama hayati kisah Junjungan besar Nabi Muhammad saw,Pada suatu ketika dalam satu peperangan,tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Da'tsur menghunus pedangnya kepada Rasulullah yang sedang duduk berteduh di bawah pokok,Da'tsur bertanya kepada Nabi,"Siapakah yang dapat melepaskanmu daripada ku?" Lalu jawab Rasulullah saw."Allah".ketika itu jatuhlah pedang yang di hunus oleh Da'tsur,lalu diambil oleh Nabi dan bertanya kepadanya pula,"siapakah yang dapat melepaskanmu daripadaku?"Da'tsur menjawab,"tiada" lalu Nabi memberi maaf kepada lelaki itu dan kerana murninya hati Rasulullah saw itu,maka Da'tsur mengucapkan dua kalimah syahadat dan mengajak kaumnya memeluk Islam...
Sedangkan Nabi bersikap pemaaf,inikan pula kita manusia biasa.Orang yang mempunyai sifat pendendam tidak menguntungkan diri tetapi hanya membawa kerugian.masyarakat akan membencinya dan Allah akan murka terhadapnya..
Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya?. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.?fikirkan lah…hidup di dunia ini hanya sementara…
Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.
Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.
Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..
Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja?… Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Sesungguhnya persaudaraan dlm Islam itu sangat indah. Islam sendiri membahagikan persaudaraan itu mengikut katogerinya yg tersendiri.Namun tidak wajar jika sesuatu urutan hidup ini dilalui membuta tuli.Tanpa ilmu kita akan mudah tergelincir. Tanpa nasihat kita akan mudah melatah... tiada nasihat yg paling bermakna melainkan nasihat dari berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah...Walau sewarak mana nasihat yg diberikan kpd kita namun jika hati kita tidak terbuka menilai dan menerimanya maka sudah pasti kita akan menolaknya.
Persahabatan ini bukan hanya satu ungkapan yg mudah utk direalisasikan. Ia memerlukan tunjang keikhlasan,kasih sayang dan kejujuran.Berdasarkan tunjang yang kuat dan jelas itu akan membentuk satu batang pokok yg dilapisi kulit kesabaran.Cuba kita imbas,apb kita diuji dgn karenah sahabat yg krg kita gemari namun berdasarkan tunjang kasih sayang,kita mampu bersabar. Dgn tunjang keikhlasan juga kita mampu menasihatkannya. Dgn tunjang kejujuran,kita yakin dgn setiap tindak tanduknya bukan kepuraan.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham..
>>jika kita perhatikan begitu teliti perancangan Islam.Sememangnya Islam menggalakkan persaudaraan namun kita dituntut mendalami ilmu agar dapat meneliti intipati yg diterangkan.Bukan sekadar kita mendengar kata-kata yang membenci sesebuah persahabatn kita atau kata-kata yang hanya boleh meretakkan persahabatan yang telah dibina.. Tidak semua sahabat kita itu sama... apa yg penting istilah sahabat itu bermakna yg betul2 boleh dipercayai keikhlasannya dan diharapkan. Tiada hasad dengki dan mempunyai tunjang asas persahabatn dalam islam…
>>Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa
Selain itu Islam membahagikan persaudaraan ini di dalam 2 katogeri:
1) persaudaraan am- memberi nasihat yg ikhlas,
membalas salam, menziarahi org yg sakit,menyambut org
yg bersin dgn ucapan'yarhamkallah' dan menyempurnakan
hak2 org yg hidup dan mati.
2) persaudaraan khas- ziarah, cintai mencintai,
mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya,bersegera
menunaikan hajatnya,menyebutkan kebaikan saudaranya,membela kehormatannya tatkala dia tiada dan mengelakkan umpat mengumpat yang sangat dilarang didalam islam,menyembunyikan rahsianya,tidak bertengkar dgnnya,mengampuni kesalahannya,mendoakan baginya semasa hidup dan setelah matinya.setia kepadanya,ikhlas menepati janjinya,tidak menyusahkan dia dan lain2 adab dan hak.InsyaAllah jika kita amalkan semua ini kita akan dapat menikmati persahabatan yang membahagiakan sehingga ke hari akhirat nanti…biiznillah…
wallahua’lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan