UkhWaH FillAh.....

Isnin, 30 Januari 2012

KEMULIAAN WANITA DALAM ISLAM..

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh....
Bismillahirrahmaanirrahimm....






يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّ‌سُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ‌ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُ‌دُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّ‌سُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ‌ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ‌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩

surah An Nisa' ayat 59:-
maksudnya..wahai orang-orang yang beriman,thaatlah kamu kepada Allah SWT,dan thaat lah kamu kepada Rasulullah saw,dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu,kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah SWT(Al-Quran) dan Sunnah Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,dan baik pula kesudahannya...

Masih terdengar-dengar lagi ayat ini di bacakan oleh Imam ku pada khutbah jumaat baru ini,27 januari 2012,bersamaan 3 Rabiul Awal1433.."oh..abi baca khutbah bab wanita ...menarik ni...ini lah ku ingin catatkan dalam blog ku..di sebabkan kesuntukan masa baru malam ini dapat ku catatkannya...Aku memang suka membicarakan bab wanita...isteri solihah..wanita solihah..anak solihah...ya...ia adalah ku tujukan untuk diri ku jua yang selalu leka dengan kesibukan dunia yang penuh pancaroba ini....dan lagi pun wanita lah paling senang masuk syurga dan juga paling senang jua untuk masuk neraka..sepertimana Rasulullah saw di perlihat kan didalam peristiwa israk mikraj..wanita paling ramai masuk neraka....moga Allah SWT lindungi kita semua...AllahuAkbar...


Sidang jumaat yang di Rahmati Allah...
khutbah di teruskan lagi...dengan firman Allah SWT yang berbunyi..


لرِّ‌جَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّـهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُ‌وهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِ‌بُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ 
عَلِيًّا كَبِيرً‌ا ﴿٣٤

surah An Nisa' ayat 34 maksudnya..

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah dan suaminya, lagi memelihara dirinya  ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya(derhaka), maka nasehatilah mereka dan jika mereka masih engkar lagi, pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta’atimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar...

Sidang jumaat yang di rahmati Allah..
tidak ada agama didunia ini yang memberi perhatian dan mengambil berat terhadap wanita,melainkan Agama Islam.Malah Al-Quran sendiri menamakan salah satu surah dalam Al-Quran dengan nama surah An Nisa dengan maksudnya Wanita.
begitu juga didalam kitab-kitab hadis terdapat satu bab yang membincangkan mengenai nasihat supaya berbuat baik terhadap wanita.sebagaimana yang terdapat didalam kitab Riyadhusholihin oleh Imam An Nawawi,sejarah telah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyah.Hadis Nabi juga menyebut mengenai ganjaran pahala bagi sesiapa yang di uji dalam memelihara anak perempuan,bahawa orang itu akan bersama dengan Nabi di hari akhirat kelak.kesemuanya ini membuktikan pandangan Islam  yang tinggi terhadap kaum wanita.Peraturan dan tuntutan yang di gariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan wanita.

Sidang jumaat yang di Rahmati Allah..

Menyedari peranan wanita dalam pembinaan dan pembangunan umat Islam itu sangat penting,musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi berusaha untuk merosakkan wanita dengan pelbagai cara.Atas nama kebebesan mereka berusaha meracuni pemikiran wanita Islam dengan pelbagai tipu daya dan godaan supaya mereka jauh dari landas Islam yang sebenar.Sedangkan Islam meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding agama yang lain di dunia ini.Beberapa peraturan dan tuntutan yang berkaitan dengan wanita Islam adalah semata-mata untuk menjaga Maruah dan Kemuliaan mereka.Wanita mempunyai hak dan harus di layan sesuai dengan fitrah dan kejadian mereka.Layanan istimewa ini bukan sahaja kepada wanita Islam tetapi juga kepada wanita bukan Islam.Dan Allah SWT mengemukakan perbandingan wanita .contoh didalam al-Quran iaitu isteri firaun sebagaimana firmanNya..

ضَرَ‌بَ اللَّـهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَ‌أَتَ فِرْ‌عَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَ‌بِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْ‌عَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ﴿١١ surah At Tahrim ayat 11 yang ber maksud;
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";

Muslimin yang di Rahmati Allah..
Terdapa beberapa peraturan telah di wajibkan di patuhi oleh setiap wanita Islam untuk menjaga kehormatan mereka.
1-Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan dan maruah diri mereka,serta tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang di harus sahaja.
2-Tempat yang paling baikbagi wanita ialah di rumah..Firman Allah SWT..
وَقَرْ‌نَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّ‌جْنَ تَبَرُّ‌جَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّ‌جْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَ‌كُمْ تَطْهِيرً‌ا ﴿٣٣
maksudnya.;
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

3-Islam melarang sama sekali seorang lelaki dengan wanita yang bukan muhrim berdua-duan sehingga boleh mengundang fitnah dan membawa kepada penzinaan.sabda Rasulullah saw.Tidak boleh seorang lelaki dengan seorang wanita berdua-duan melainkan dengan muhrimnya.
Riwayat bukhari dan muslim.
4-Wanita juga dilarang bermusafir melainkan dengan mahram.
Dari sudut hubungan kekeluargaan dan rumahtangga Islam meletakkan beberapa tanggungjawab kepada suami.
1-Dengan berbuat baik terhadap wanita(isteri)
2-Melarang mendera kaum wanita.
3-Melayani wanita dengan cara terbaik..
Firman Allah SWT
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَ‌حْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُ‌ونَ ﴿٢١maksudnya;..
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir...
semoga ada manfaatnya untuk kita semua..

wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan