UkhWaH FillAh.....

Ahad, 11 Disember 2011

Kewajipan Berkhatan..

 Bismillahirahmaanirrahimm...
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah syukur sangat2..sudah selesai dua puteraku selamat berkhatan petang tadi...Alhamdulilah walaupun ada tangisan semuanya berjalan dengan lancar...Ummi nya ni lebih menggigil daripada anak,tapi dapat di sembunyikan untuk memberi semangat pada anak-anaku tersayang...Ya Allah kumohon anak2ku dapat bersabar menahan kesakitannya ...si abang memang lemah semangat sedikit,tidak berhenti menangis semasa proses berkhatan dilakukan dokter..angah sentiasa tenang menahan kesakitannya..untuk esoknya moga di permudahkan segala proses berpantang,..moga cepat sembuhnya..aminn..tak sanggup melihat anak2ku kesakitan...

Berkhatan Pakai Laser ini merupakan cara bersunat terkini dan terbaru di Malaysia. Berbeza dengan cara berkhatan tradisional, berkhatan guna laser ini dilihat lebih mudah dan mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak.Begitulah kehebatan teknologi...


Berkhatan dari sudut Islam
Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Al-Alamah Imam Nawawi telah berkata dalam kitab al-Majmu’ perkataan dengan berkhatan katanya Iamam malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan berkahatan sunat bagi hak sekalian orang dan Imam al-Rafi’i telah menghikayatkan qaul itu satu wajah bagi orang-orang mazhab Syafii dan telah menghikayatkan juga wajah qaul yang ketiga iaitu wajah ini adalah qaul yang ganjil dan qaul mazhab Syafii masyhur yang dinaskan oleh Imam Syafi’i rahimahullah dan qaul yang diputuskan oleh jumhur berkhatan itu wajib bagi lelaki dan perempuan. Kata Iamam nawawi (furu’ kata sahabat-sahabat kami yang wajib pada berkhatan atas lelaki) iaitu memotong kulit yang menutup kepala kemaluannya dengan sekira-kira terbuka semuanya maka jika memotong setengahnya nescaya wajib memotong yang tinggalnya. Yang kedua telah diterangkan oleh Imam al-Haramain dan lainnya Imam al-Rafii menghikayatkan daripada Ibn Kaj ia berkata disisi saya memada memotong sebahagian daripada Qalfah (kulit menutup kepala kamlauannya – lelaki) sekalipun sedikit dengan bersyarat potongan itu meliputi rata akan bulatan kepala kemaluannya, perktaan ini qaul dhaif. Adapun qaul yang shahih lagi masyhur yang diputuskan oleh ashab pada qaul itu ialah sebagaimana yang telaha lalu iaitu wajib memotng semua kulit yang menutup kepala kemaluannya dan mustahab (digemari) pada perempuan-perempuan dengan memotong sedikit sahaja tidak melampau memotongnya. Kata setengah doktor bahawa mengkhatan perempuan itu mengurangkan kembangan syhwatnya keran itu banyak berlaku zina pada umat-umat kafir dan ketiadaan berkhatan lelaki membawa kepada terhimpun kekotoran di bawah qalfah dan mudah tersiar penyakit selain daripada termasuk ke situ air kencing, mazi dan membawa kepada basah di antara kulit qalfah dan kepala kemaluan dan membawa kepada bau busuk dan penyakit. Adapun jika berkhatan tetapi balik kulup semula maka telahj saya terangkan bahawa berkhatan itu tidak diiktibar sah melainkan apabila memotng qalfah semuanya adapun daripada segi sah sembahyang maka jika khatan tiada sempurna dan zahir lubang kemaluan sekira-kira keluar air kencing daripadanya dan tidada termasuk ke dalam qalfah maka tidaklah dikatakan kena najis tetapi orang yang kulup itu junub nescaya sah mandinya daripada hadas akbar kerana ia tidada membasuh di bawah qalfah yang wajib dibasuh, dai sebab itu wajiblah bersegera berkhatan dengan semuanya.Dan jika dipotong kepada Hasyfah semuanya dengan berkhatan yang sempurna kemudian balik semula kata al-Sheikh Ali al-Sabramalisi atasnya tidak wajib membasuhnya kemudian daripada tleah berkhatan itu. Tetapi tidak pernah berlaku apabila telah dipotongnya kembali semula tetapi terkadang tukang sunat itu jahil.

Wassalam..

Wallahua'lam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan