Betulkah
Cinta itu Buta?....
Alam dan kehidupan ini
sebenarnya bermula dengan keindahan dan kemuliaan ,ketenangan dan
kedamaian,kemurnia dan keharmonian.Oleh kerana kejadian manusia yang dibekalkan
nafsu yang menggoda dan syaitan yang menghasut,maka keindahan ,ketenangan dan
kebersamaan yang terbentuk akhirnya
terlerai sedikit demi sedikit.Maka bermulalah permusuhan,perseteruan kecelaruan
dan keghairahan yang melampaui dalam kehidupan.Daripada ketenangan ketenteraman dan kedamaian itulah timbulnya cinta kasih
sesama manusia,terselitnya mahabbah dan Rahmat dikalangan mereka.Manakala
daripada kegusaran,permusuhan dan perseteruan yang terjadi maka wujudnya
kebencian dan dendam,terbentuknya hasad dan keangkuhan ,akhirnya berlakulah
kekufuran dan kesyirikan,melainkan mereka yang benar-benar beriman dan di
Rahmati Allah SWT.
Cinta
kasih,rahmat dan mahabbah adalah sifat hati yang hanya terdetik apabila
kehidupan manusia dipenuhi dengan ketenteraman dan kebersamaan.Cinta kasih itu
adalah suatu yang suci lagi mendamaikan.Ia satu perasaan dan kalimah yang cukup
istimewa untuk digambarkan.Ia juga satu nikmat agung anugerah daripada Ilahi
yang Maha Agung kepada Hamba-Nya.Terkadang cinta kasih yang bersemarak dijiwa
menulikan pendengaran ,dan membutakan mata individu yang terkena sinarannya.Ia
bertepatan dengan sabda Rasulullah saw:
“Cinta kasih mu kepada sesuatu perkara membuta dan menulikan engkau.”(Riwayat
at-Tarmizi)
Jangan
Beri Semua.
Justeru lahirlah
ungkapan dalam peribahasa melayu-Cinta itu buta…sehubungan itu Rasulullah saw
member panduan dan bimbingan kepada
manusia bahawa manusia perlu mengawal atau mendidik jiwa mereka agar cinta
kasih yang berputik dihati itu usah di berikan semuanya,perlu ditinggalkan sedikit
kebencian dan sekelumit kemarahan,agar apa jua yang berlaku di kemudian hari
masih terdapat ruang pemikiran serta gerak kemuliaan untuk meneruskan.Rasulullah saw bersabda: “Cintailah
Kasihilah kekasih (orang yang engkau cintai itu) sekadarnya sahaja kerana suatu
masa nanti mungkin ia akan menjadi orang yang engkau benci,bencilah seseorang
itu sekadarnya sahaja kerana mungkin
suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau kasihi.”(Riwayat at-Tarmizi)
Mencintai,merindui
atau mengasihi manusia seharusnya sekadar-kadarnya sahaja melainkan mencinta Allah dan Rasul-Nya maka
perlu dengan sepenuh hati,jiwa dan perasaan.Itulah sebenarnya cinta hakiki yang
abadi.
Cinta kasih merupakan satu sifat qalbi yang suci ,murni lagi
tulus mulus.Manusia yang tiada panduan hidup menjadikan cinta kasih itu hanya
terhad antara lelaki dan perempuan .Justeru timbullah kisah Udan dan Dara,lahir
lah kasih Laila dan Majnun,bersemilah cinta Romeo dan Juliet,tidak lebih
daripada itu.Sedangkan dalam Islam cinta kasih yang sebegitu hanya sebiji pasir
di tepian pantai yang luas.Mutiara-mutiara indah di dasar lautan tidak pernah
dijumpai manusia kerana tiada panduan memandu manusia ke dasar lautan itu.Hanya
Islam memandu manusia kelembah kedamaian
dan ketenteraman serta menjelaskan kepada manusia bahawa cinta kasih itu
bukan hanya semata-mata cinta kasih diantara manusia,malah cinta kasih juga
boleh dipertautkan antara manusia dengan Khaliqnya(Penciptanya).
Darjat
Cinta.
Cinta kasih antara manusia dengan Khaliqnya merupakan cinta
kasih paling tinggi.Cinta kasihkan makhluk terhadap Khaliqnya merupakan tahap
darjat cinta paling tulus,suci dan murni.Tiada cinta kasih melebihiNya.Tiada
cinta kasih setara dengannya,tiada cinta kasih dapat menandinginya.
Berdasarkan pernyataan daripada Al-Quran dan al-Hadis
mengenai al-Hub atau cinta kasih maka tentunya lebih mendamaikan dan
mententeramkan jiwa.Islam membahagikan cinta kasih kepada beberapa kategori dan
darjat sebagaimana juga syurga neraka yang mempunyai beberapa darjat dan tabaqat.Darjat cinta
kasih yang paling mulia dan suci ialah cinta Allah SWT.Allah sebagai al-Khaliq
iaitu satu zat yang Maha
Menjadikan…memang seharusnya di cinta dan dikasihi.Cinta kasihkan Allah
menjadikan jiwa tenteram dan aman damai.Individu yang cinta dan kasihkan Allah
akan sentiasa menyebut namaNya,sebagaimana seorang individu menyinta manusia
lain,nama kekasihnya sentiasa bermain dibibirnya.
Tenteramnya
Jiwa.
Sebagaimana
tenteramnya Majnun kasihkan Laila,walaupun seluruh alam melihat si Majnun itu
sememangnya Majnun(gila),namun ia tetap aman tenteram dengan cintanya
itu,Begitu juga perumpamaan individu yang kasihkan Allah dan RasulNya,walaupun
seluruh alam melihatnya sebagai manusia ketinggalan zaman atau tidak mengikuti
perkembangan zaman,namun hanya dia yang mengetahui betapa indah dan murninya
jiwa hidup bersama Tuhan Khaliqnya.
Rasulullah saw mengajarkan
kita doa,
Maksudnya.;Wahai
Allah kurniakan kami cinta kasih
padamu,cinta kasih kepada orang-orang yang mengasihiMu,dan cinta kasih kepada
setiap amalan yang mendekatkan kami kepadaMU.;
Kasih cintakan Allah
SWT bermaksud manusia menyedari dan menginsafi dirinya sebagai makhluk manusia
dan Tuhannya,Allah sebagai Khaliqnya.Manusia mengerti bahawa dirinya sentiasa
berhajat kepada pimpinan dan inayah Allah SWT.Manusia memahami bahawa dia sentiasa
mengharapkan bimbingan Rahmat dan RahimNya.Cinta Allah menjauhkan manusia
daripada sifat sombong,angkuh dan bodoh.
Tip
Dapatkan Cinta Ilahi.
*Ikutlah atau berusaha
mengikuti Sunnah Rasulullah saw daripada sekecil-kecil perkara hingga
sebesar-besar urusan.
*Jadilah insane yang soleh(baik) dan juga Musleh (menjadi
agen kepada kebaikan)
*Berlaku adil dalam setiap perkara samaada sebagai
anak,isteri,suami,ibu dan bapa.
*Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan
bimbingan dalam kehidupan.
Hasil tulisan
Dr Nik Yusri Musa..semoga sentiasa mendapat keberkataan
Ilahi..aminn…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan