UkhWaH FillAh.....

Rabu, 20 Jun 2012

Wanita Cantik Yang Mana??....Muhasabah Diri....

Perempuan yang tidak bertudung memang cantik dipandang dengan mata kasar.....tetapi perempuan yang bertudung adalah lebih cantik dan akan nampak Mulia......???



Subhanallah!....
Apakah benar kata-kata di atas?...bagi saya memang tepat sekali,..jika kita lihat mana-mana perempuan yang tidak bertudung atau dengan ayat tepat  lagi yang tidak menutup auratnya  memang lah cantik jika dipandang dengan mata kasar kita,tetapi di sebalik kecantikannya tidak ada sinar kemuliaannya...Kecantikan itu akan pudar dimamah usia..walau kita berusaha untuk mengekalnya.Namun Mulia boleh bertahan selama-lamanya jika kita bijak memeliharanya..Justeru antara cantik dan mulia mana yang lebih utama?..
Setiap orang pasti ada jawapannya dan perspektif yang berbeza mengenainya..



Sesuatu permata yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat Dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak Akan dibiarkan terdedah bukan? Itulah perbandingannya dengan seorang wanita...

Bukan lah saya menyatakan semestinya semua wanita yang menutup aurat tu confirm masuk syurga!...tapi kita hendaklah wajib menunaikan segala perintah Allah SWT...untuk memiliki KUNCI Syurga itu sendiri... sama ada kita masuk syurga atau neraka itu semua dengan Kasih Sayang Allah SWT..apa yang wajibnya..seseorang wanita Islam itu wajib menunaikan segala perintah Allah SWT...





Kita wajib Mendidik anak-anak perempuan untuk memakai pakaian yang menutup aurat, harus dimulakan sejak mereka kecil, untuk membiasakan mereka dengan tudung dan baju labuh walaupun dalam keadaan yang tidak menyelesakan. Jika tidak diasuh sejak kecil, khuatir nanti bila tiba saat dia wajib mengenakan pakaian yang menutup aurat, rasa tidak selesa dan tidak biasa akan menghalang dirinya dari melaksanakan perintah Allah.


Harus diingat, bahawa anak-anak perempuan (yang telah baligh) yang keluar tanpa menutup aurat akan mendatangkan dosa buat ayahnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bersabda:

Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)- di petik dari zaharuddin.net



firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang-orang jahiliyah zaman dulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara yang mencemarkan dari kamu wahai ‘Ahlu Bai’, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)


.Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)









Sudah jelas segala ayat-ayat Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran,namun masih ramai lagi yang terlalu berani menentang hukum Allah SWT ini...ada yang mengatakan semua itu pakaian ketinggalan zaman,panas lah bertudung...rasanya mereka yang berkata demikian tak sanggup hadapi sedikit kepanasan di dunia ini,namun mereka lebih berani menghadapi kepanasan di akhirat kelak...ada yang masih belum bersedia....nak tunggu sedia bila??...apabila kita di kafan kan?...kita dipakaikan tudung putih....benar?..


sahabat-sahabatku..Allah mahu muliakan semua wanita Islam sebab itu lah di perintahkan kita menutup aurat kita... Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa.
Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan Allah SWT..

Ingatlah sahabat-sahabat ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…


Buat Lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-lakiyang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Buat Wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada mahramnya… (24:31)







wallahua'lam...





Amirah Solihah

Isnin, 21 Mei 2012

HatiKu..JaGaLah Hatimu...




KATA IMAM AL-GHAZALI..
cari lah hati mu ketika membaca Al-Quran,jika kau tidak temui,carilah hati mu ketika menunai kan solat,..jika kau tidak temui carilah hatimu ketika kau duduk tafakur..jika kau tidak temui juga pohonlah kepada Allah pinta hati yang baru...

Adakalanya makin banyak beribadah,semakin subur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia,Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah
masih subur di dalam hati manusia,Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada
Bela-membela tidak pernah ada,di dalam kehidupan manusia
Rupanya ibadah manusia itu,tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal Tuhan suruh beribadah tujuan berubat,menghilang mazmumah yang merbahaya
Kalau penyakit tidak sembuh,sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena...



Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa,Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah,apa-apa kepada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia,Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa-apa,Ibadah orang yang lalai,untuk dimasukkan ke Neraka sahaja,kerana ibadahnya tidak sampai ke matlamatnya,ibadah yang tidak besertakan hati yang khusuk dan tawadhuk kepada Khaliqnya,..


Menurut imam Al-Ghazali terdapat banyak tanda penyakit hati antaranya :-

Pertama
: Memiliki ilmu yang tidak bermanfaat. Ilmunya tidak berguna baginya dan tidak menjadikannya lebih dekat kepada Allah swt.
Kedua: Mempunyai hati yang tidak boleh khusyuk ketika melakukan ibadah.
Ketiga: Memiliki nafsu yang tidak pernah kenyang.

 "Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak didengar, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, daripada ilmu yang tidak bermanfaat, aku berlindung kepada engkau daripada empat perkara yang buruk ini."



Satu Kisah Yang Boleh kita jadikan pengajaran buat kita

 untuk mendidik hati yang bersih...

Suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat di masjid. Lalu baginda SAW bersabda, “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Allah SWT telah menyampaikan perkara itu melalui Jibril AS.
Berpalinglah seluruh sahabat yang hadir ketika itu menanti siapakah pemuda bertuah yang bakal memasuki pintu itu. Pemuda yang telah meraih anugerah teragung yang di dambakan semua para sahabat dan orang-orang mukmin. Semua tertanya siapakah gerangan yang telah dinobatkan sebagai ahli syurga itu.
Lalu masuklah seorang pemuda dari kalangan badwi. Pemuda itu terus sahaja mendirikan solat dua rakaat. Setelah selesai dia berzikir seketika lalu bangkit meninggalkan masjid.
Keesokkan harinya Rasulullah SAW berada bersama para sahabat di masjid. Baginda SAW mengulang sabda yang telah diucapkan semalam. “Akan masuk kepada kalian dari pintu itu pemuda dari kalangan ahli syurga.” Betapa terkejutnya para sahabat bila mendapati pemuda yang sama memasuki masjid.
Keesokkan harinya, buat kali ketiganya Rasulullah SAW mengulang sabda baginda yang telah diucapakan semalam dan hari sebelumnya. Para sahabat yakin bahawa pemuda yang akan memasuki masjid kali ini merupakan orang lain. Bukan yang telah masuk pada dua hari yang lalu berturut. Ternyata mereka dikejutkan dengan masuknya pemuda yang sama dan pemuda itu tidak melakukan selain amalan yang telah dilakukan pada dua hari sebelumnya iaitu solat dua rakaat, berzikir sebentar lalu meninggalkan masjid.
“Tidak syak lagi, pemuda ini telah diberi hidayah akan suatu kebaikan yang perlu aku ketahui apa yang diamalkan dan perlu aku fahami kisah sebenar pemuda ini.” Bisik Saidina Ali RA kepada hati kecilnya dan mula mengikuti pemuda itu ketika dia keluar dari masjid. Saidina Ali RA mengikutinya dari kejauhan hinggalah pemuda itu tiba di rumahnya. Saidina Ali RA segera memanggil pemuda itu.
“Siapa kamu?” Tanya pemuda itu ketika melihat Saidina Ali.
“Tetamu.” Jawab Saidina Ali RA ringkas.
Pemuda itu meraikan kehadiran Saidina Ali dan menjadikannya tetamunya selama tiga hari. Selama tiga hari itulah Saidina Ali RA memperhatikan segala amalan yang dilakukan pemuda itu. Maka Saidina Ali melihat dia mengerjakan solat fardhu dan sunat. Tetapi dia tidak melihat pemuda itu mengerjakan solat malam, tidak pula mengkhatamkan Quran pada setiap hari atau tidak pula duduk lama bertasbih.
Saidina Ali RA akhirnya memanggil pemuda itu agar duduk di dekatnya.
“Wahai pemuda, ceritakanlah kepadaku tentang dirimu. Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah SAW tentang kamu yang merupakan dikalangan ahli syurga. Beritahulah kepdaku penyebab itu.” Tanya Saidina Ali RA.
“Demi Allah aku tidak melaksanakan amalan melebihi apa yang engkau lihat dariku. Aku tidak banyak mendirikan solat seperti kalian, tidak juga berlama mengucapkan zikir dan tidak pula aku mampu mendirikan solat malam akan tetapi sesungguhnya aku tidak pernah meletakkan kepalaku di atas bantal melainkan dadaku kosong dari ghillun(kebencian, hasad, dendam atau sakit hati) terhadap sesiapa pun.” Jelas pemuda itu.
“Dan kami lenyapkan seluruh rasa dendam di hati mereka, mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas tilam-tilam.” [Al-Hijr : 47]


 Jika kita rasa hati kita sudah di jangkiti dengan sifat2 mazmumah marilah kita sama sama bersihkan dan ubatinya seperti menurut Syeikh Ibrahim Adham...beliau berpesan tentang 5 cara untuk ubati penyakit hati mati.
1)
Memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian.
2)
 Banyakkan puasa sunat disamping menjaga yang wajib
3)
Latih diri untuk bangun beribadat pada malam hari yang merupakan antara waktu dimaqbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada Allah.
4)
Sentiasa hadir ke majlis ilmu dalam menambah apa yang kurang, memperingat semula apa yang lupa, mempebetulkan kembali apa yang tersalah serta sentiasa mendampingi orang yang soleh.
5)
Banyak berfikir tentang hubungan kita dengan Allah diwaktu sunyi agar kita dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan taubat atas segala dosa yang dilakukan.
Ingatlah bahawa manusia yang beruntung ialah manusia yang hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Manakala manusia yang paling rugi ialah manusia yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan hari esok lebih teruk daripada hari ini
Tapi kadang-kadang disebabkan satu sifat ini,manusia merasa hati nya baik..dan tak perlu di ubati lagi..iaitu sifat EGO...

wallahua'lam...semoga ada manfaat bersama...
 Amirah Solihah. 
 

Jumaat, 18 Mei 2012

PeLuKaN KaSiH SaYaNg....






Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


     Ramai di kalangan kita suami,isteri,anak2 dan ibu bapa tidak menyedari..sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat di perlukan.Pelukan adalah sentuhan fizikal yang tidak perlu di ajar lagi,bukan sahaja seorang bayi sahaja perlukan pelukan kasih sayang,namun anak2 dewasa,suami isteri ,ibu bapa juga memerlukan pelukan,

Kadang-kadang di sebabkan kesibukan tugas2 harian kita lupa kepada anak-anak yang memerlukan pelukan kasih sayang.Seorang suami atau isteri lupa akan memeluk isterinya kecuali ketika menunaikan nafkah batinya.Begitu juga di kalangan ibu bapa yang terlalu kedekut untuk memeluk anak-anak mereka,walaupun hanya seketika,..dengan kerana ini lah terjadinya gejala2 sosial mereka mencari kasih sayang di luar yang tanpa batasan halal dan haramnya.

     Kajian telah membuktikan ..Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.




”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
 Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap...

pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. ..
Begitu juga seorang anak yang sudah dewasa selalu terjadi mereka merasa malu memeluk ibu bapa mereka sendiri untuk menyatakan kasih sayangnya yang memeluk memelihara mereka sedari kecil lagi,apabila ajal sudah menjemput ibu bapa masing2 baharulah memeluk sambil meratap yang keterlaluan kerana menyesalinya….



Sabda rasulullah saw yg bermaksud”Barangsiapa yang tidak mengasihi,maka ia tidak akan di kasihi”(bukhari dan Muslim)

Perbanyakkanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal(pelukan)
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak dan suami isteri,merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak,dan menggalakkan suami untuk kekal setia kepada isteri.
Dalam kehidupan yang reality hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia,tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon stress,iaitu hormon cortisol dan norepinephrine.secara tak langsung oxytocin akan mengurang risiko seseorang mengalami sakit jantung…
Marilah kita sama-sama amalkan pelukan kasih sayang di dalam keluarga untuk terus mengecap kebahagiaan hingga ke akhirat kelak..insyaAllah...

Di susun semula dari artikel Dr.Zubaidi Hj Ahmad. Dan artikel Dato’Fadhilah kamsah.