UkhWaH FillAh.....
Sabtu, 26 November 2011
1 Muharram 1433 HIJRIYAH....Penghijrahan ketaQwaan..
Ahad, 13 November 2011
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH...
Assalamualaikum.....Renung-renungkanlah....
~~Hidayah itu Milik Allah ~~
SUARA HIDAYAH
Suara ku dengar menyeru kepadaNya,
Suara bergema memuji kebesaranNya,
Suara memujuk kita mendekatiNya,
Suara hidayah mengajak mentaatiNya..
Itulah suara yang ku rindui,
Itulah suara yang ku nantikan,
Itulah suara membawa kebenaran,
Itulah suara datangnya dari Tuhan..
Sambut ia, terimalah, bila datang,
Pada kita, kerna ia, hanya datang,
Pada hamba, yang terpilih,
Tidak akan, kau temui,
Untuk kali, keduanya, takkan dapat,
Engkau cari, bila ia, telah pergi..
Syukurilah dan amalkan,
Sampaikanlah pada siapa pun,
Perjuangan dalam hidupmu,
Moga rahmat Allah bersamamu..
Cuba kita amatikan betul-betul setiap bait-bait lirik dalam lagu ini…
SUARA HIDAYAH itu sudah acap kali datang menjengah telinga dan menyapa hati kita, namun kesan yang ditinggalkan, hanya kita dan Allah jua yang mengetahuinya. Bukan hati tak pernah berkata ‘aku ingin berubah’, tapi hakikatnya, kita masih lemah, masih terus kalah dengan godaan dan dorongan nafsu yang memperdaya. Nafsu terus2an membisik,
‘nanti lah… kalau dah taubat sekarang, susah nak buat benda2 yang syok tu lagi’
‘kejap lah… sikit je lagi nih. Berhenti sekarang tergantunglah pulak!!!’
‘sat, sat. Muda lagi ni, insyaAllah, banyak lagi masa nak insaf dan bertaubat’
‘alah… relak lah, lum sampai seru lagi tu…Allah lum nak buka pintu hati aku lagi nih!!!’
Dan kita terus kalah dengan seribu satu alasan yang dibisikkan syaitan dan nafsu. Dalam sedar bahwa syaitan itu adalah musuh kita yang nyata itu pun, kita masih gagal bangkit dari belenggu keseronokan menangguh taubat, menangguhkan dari bersegera melakukan kebaikan, meninggalkan yang maksiat maupun yang lagha… Sebabnya???
Kita sebenarnya belum benar-benar mau berubah, belum sanggup meninggalkan yang tidak-tidak itu. Kita yang belum bersedia bertukar haluan, lalu kita cari dan kita cipta alasan demi alasan bagi memurnikan ketidakupayaan kita untuk berubah.
Ada yang sampai menyalahkan orang lain, malah, lebih malang lagi, ada yang sampai menyalahkan Allah sendiri kerana tidak membuka hatinya untuk berubah…. Astagfirullah, Subhanallah. Layakkah kita menyalahkan Allah, sedangkan berbagai ayat (tanda) telah Allah beri kepada kita, berbagai suara telah Allah ‘bisikkan’ juga kepada kita, hanya kita yang tidak mengendahkannya, memejam mata dan memekakkan telinga. Buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar.
Bila terdetik dalam hati keinginan untuk berubah kepada yang lebih baik, itulah tandanya Allah mahu memberi kita hidayahNya, asal saja kita sambut ia dengan cara yang selayaknya. Apa cara yang selayaknya? Pening juga kita nak memikirkannya, kan? Tapikan Allah dah tunjukkan cara-cara tu dengan kitabNya melalui RasulNya saw? Kalau nak berubah, ayuh! tinggalkan yang tidak-tidak itu, bersegera melakukan yang baik-baik, moga-moga terhapus keburukan lalu dan diganti dengan kebaikan kini. Mulakan dengan yang itu dulu, lawan nafsu dan syaitan itu dengan memaksa diri, dengan bermujahadah melawan dan meninggalkan mana-mana yang tak soleh serta terlebih lagha. Dan dalam masa yang sama, perbanyakkan yang soleh lagi baik. Banyakkan sedekah dengan niat yang betul, banyakkan yang sunat disamping memantapkan yang fardhu.
Lalu apa lagi? Yang pasti, doa terus pada Allah, mohon diberi kekuatan melawan nafsu dan syaitan, kerana dari Allah jualah kekuatan itu, dan kita sangat perlu meminta dariNya. Sebagai hamba yang serba lemah, mohonlah pada ‘Tuan’ kita yang serba Agong. Jangan kita menyombong diri dan menyangka sekali kita berupaya meninggalkan kejahatan, kita akan terus dapat meninggalkannya dengan kudrat kita sendiri. Doa tetap perlu diteruskan, hatta berdoa untuk terus dalam keadaan berdoa hingga akhir hayat itulah yang sepatutnya dilakukan. ‘Perbanyakkan doa’, bagi ana maksudnya terus mohon pada Allah supaya kita tetap terus kuat berdoa dan memohon pada Allah. Sesungguhnya kita teramat lemah, segalanya memerlukan pada Allah swt.
Macam ada konflik pulak di sini. Tajuk tulisan kata HIDAYAH MILIK ALLAH, tapi kita kena buat pulak? Tak ke kalau dah hidayah tu milik Allah, berdoa saja lah sampai Allah beri ‘hidayah’ tu, baru kita boleh berubah….
Macamana tu ke????
Sebenar-benarnya di sini, tiada sebarang konflik kalau kita mengerti satu perkara, bahawa ALLAH SWT ITU MAHA TAHU, berbanding kita hambaNya yang serba tidak tahu. Maka yang tak tahu ni, kena buat cara orang tak tau apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Yang kita tahu janji Allah, siapa yang berusaha, dia pasti akan mendapatkannya. Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.
Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”
Wallahua'lam..
Khamis, 10 November 2011
HADIS EMPAT PULUH (ke lapan )
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Dimulai dengan kata-kata Imam An -Nawawi..
Segala
puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam, Pencipta langit dan bumi,
Pentadbir sekalian makhluk, Pengutus para Rasul S.A.W kepada orang-orang yang
mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at
agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas.
Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan
kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya. Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah,
Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Adapun
selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali
Ibn Abi Talib, Abdullah Iibn Mas‘uud, Mu‘az Ibn Jabal, Abu Al-Darda’, Ibnu
‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a.
daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan riwayat yang bermacam-macam bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan
dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam
golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat lain: “Nescaya Allah
akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim.
Dalam
riwayat Abu al-Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari
kiamat menjadi orang yang memberikan syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam
riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang menghafal 40 hadis)
masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam
riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan
dibangkitkan dalam golongan para syuhada’ ”.
HADIS KE LAPAN
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءُهُمْ وَأَمْوَالُـهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَ
[رواه البخاري ومسلم ]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan shalat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah Subhanahu wata’ala.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Catatan :
Hadits ini secara praktis dialami zaman kekhalifahan Abu Bakar As-Shiddiq, sejumlah rakyatnya ada yang kembali kafir. Maka Abu Bakar bertekad memerangi mereka termasuk di antaranya mereka yang menolak membayar zakat. Maka Umar bin Khottob menegurnya seraya berkata : “ Bagaimana kamu akan memerangi mereka yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah sedangkan Rasulullah telah bersabda : Aku diperintahkan…..(seperti hadits diatas)” . Maka berkatalah Abu Bakar : “Sesungguhnya zakat adalah haknya harta”, hingga akhirnya Umar menerima dan ikut bersamanya memerangi mereka.
Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :
1. Maklumat peperangan kepada mereka yang musyrik hingga mereka selamat.
2. Diperbolehkannya membunuh orang yang mengingkari shalat dan memerangi mereka yang menolak membayar zakat.
3. Tidak diperbolehkan berlaku sewenang-wenang terhadap harta dan darah kaum muslimin.
4. Diperbolehkannya hukuman mati bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkannya hukuman seperti itu seperti : Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan jamaahnya .
5. Dalam hadits ini terdapat jawaban bagi kalangan murji’ah yang mengira bahwa iman tidak membutuhkan amal perbuatan.
6. Tidak mengkafirkan pelaku bid’ah yang menyatakan keesaan Allah dan menjalankan syari’atnya.
7. Didalamnya terdapat dalil bahwa diterimanya amal yang zhahir dan menghukumi berdasarkan sesuatu yang zhahir sementara yang tersembunyi dilimpahkan kepada Allah.
Semoga kita semua dapat dan berusaha mengamalkannya insyaAllah..
Wallahua'lam..
Langgan:
Catatan (Atom)


