UkhWaH FillAh.....
Isnin, 27 Februari 2012
ReDhA DengaN Allah SWT....
Suatu hari al-Imam Sufyan al-Thawri berdoa: “Ya Allah aku memohon keredaan-Mu.” Tiba-tiba Rabi’ah menegur beliau: “Apakah engkau tidak malu meminta reda-Nya sedangkan engkau sendiri belum reda kepada-Nya?” Lantas Sufyan menangis sambil mengucapkan lafaz istighfar berulang-ulang.
Rabi’ah pernah ditanya oleh seorang muridnya: “Bilakah seseorang itu reda kepada Allah?” Beliau menjawab: “Apabila kegembiraannya datang ketika dia ditimpa musibah sama seperti ketika dia mendapat nikmat.” Begitulah dalamnya ‘hubungan hati’ seorang hamba kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita tak mahu sesiapapun terguris hatinya oleh tangan kita, tetapi pernahkah kita terfikir siapakah yang sesungguhnya paling banyak disakiti oleh perbuatan kita?
Allah SWT Maha Sabar dan Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya, berulang kali kesalahan yang sama dilakukan oleh seorang hamba namun Dia Maha Pengampun, Penyayang dan Pemurah. Dosa-dosa kita dibalas dengan kurniaan nikmat dan limpahan rahmat.
Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan reda. Reda kepada Allah SWT bermakna menerima qadak dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.” Di dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman melalui sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”
Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah SWT? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT? Kena marah suami, dengar leteran isteri, kena sindiran bos, melayan kerenah anak-anak, masalah orang gaji, ibu bapa yang uzur, kawan-kawan yang dengki dan pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.
Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap reda? Hakikatnya syariat Allah SWT disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah SWT menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Benarkah ibadah menjadi jalan keluar bagi masalah tekanan jiwa?
Ibadah dalam Islam meliputi dua aspek yang saling berpengaruh antara satu dengan yang lainnya. Ibadah zahir seperti sembahyang, puasa dan haji. Dan ibadah batin atau hati iaitu melalui sifat reda, sabar, tawakal, syukur, malu, takut dan harap kepada Allah SWT. Tanpa ibadah batin seseorang akan merasa kekosongan dalam melakukan sembahyang atau terpaksa berpuasa dan menunjuk-nunjuk ketika mengeluarkan zakat. Tiada kenikmatan dan kemanisan jika melakukan ibadah zahir tanpa disertai ibadah batin. Zahir akan berkualiti jika batin turut berkualiti. Demikian juga halnya dengan kekuatan tubuh badan yang pada hakikatnya bergantung kepada kekuatan hati. Pakar ahli psikologi banyak melakukan kajian tentang mentaliti sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan jasmani.
Apabila jiwa reda, hati lapang dan wajah berseri, segala sesuatu pasti akan dapat terkawal dengan baik. Melalui ibadat hati ketenteraman akan dirasa, tetapi ia tidak semudah yang dibayangkan. Ia perlu kepada mujahadah dan mengikut proses tarbiyah ruhiyah yang jalannya mendaki tinggi. Sesungguhnya reda kepada Allah SWT adalah satu pintu daripada pintu-pintu cinta kepada Allah SWT. Bukankah seorang kekasih sentiasa reda ke atas perbuatan kekasihnya?
Reda bukan bermakna menyerah dan berputus asa kepada takdir, tidak mahu berusaha dan berikhtiar untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan seterusnya. Sifat begini sungguh bertentangan dengan hakikat reda yang diamalkan oleh Baginda SAW. Sepertimana perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: ”Rasulullah SAW meminta rasa reda sesudah berlaku takdir kerana pada saat itu telah demikian nyata hakikat reda, sedangkan reda sebelum berlakunya takdir yang sedemikian itu hanyalah tekad dan keinginan untuk reda apabila takdir berlaku kepada diri baginda SAW nanti. Kerana sesungguhnya hakikat reda adalah sesudah berlakunya takdir yang ditentukan.”
Reda juga bermakna tidak menentang apa yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya, bahkan tidak sedikitpun mengeluh atau mempunyai keinginan terhadap sesuatupun selain apa yang telah ditakdirkan oleh-Nya. Umar bin Abdul Aziz pernah berdoa: ”Ya Allah jadikanlah aku reda dengan qadak-Mu dan berikanlah keberkatan di dalam qadar-Mu sehingga aku tidak suka mendahulukan sesuatu yang Engkau akhirkan dan mengakhirkan sesuatu yang Engkau dahulukan.”
Mengapa seorang hamba sanggup mencela Tuhannya dengan mengatakan: ”Alangkah baiknya kalau Tuhanku tidak mentakdirkan ini, alangkah baiknya kalau hal ini tidak terjadi.” Bagaimana boleh dikatakan ia reda jika dia mencela sesuatu pada penciptaan Allah sedangkan Allah tidak mencela ciptaan-Nya sendiri.
Cukuplah bagi kita peringatan daripada al-Quran yang bermaksud: ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.” Surah al-Baqarah ayat: 216
sunber.Dr Juanda Jaya
Isnin, 20 Februari 2012
Umi Pujuk nii....Manja...
Anak ku yang merajuk.....
Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilangnya wajahmu..
Diculik piring terbang kah...??
Atau ditelan buaya....??
aduhai anakanda ku sayang...
maaf kan bonda mu..
cukulah sudah rajuk hatimu yang syahdu...
sungguh sepi hati ini..
tanpa tawa mu..
tanpa manjamu...
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit...
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit...
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai ukhwah fillah ini..
hanya kerna gurauan bibir..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun
sekalipun dengan berjumpa temanmu
dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
wahai anakanda ku sayang...
usah di panjangkan lagi...
rajuk mu itu..
makin dalam sedih yang tersimpan..
di hati bonda ini...
wahai anakanda ku sayang..
anak yang soleh..
kau bakal mujahidin..
punyai hati yang waja..
tak perlu rajuk lagi..
bondamu memujuk..
dengan setulus jiwa ini..
wahai anakanda ku sayang..
andai begini lagi..
ucap lah ...
selamat tinggal pada bonda mu ini..
agar tenang hati mu..
agar bahagia diri mu..
biarkan bonda sendiri..
membawa sekeping hati..
yang lara..
yang pedih..
wahai anakanda ku sayang..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda..
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat..
sahabatnya lebih baik daripada
orang yang beriktikaf selama 2 bulan'..
(HR Hakim)
wahai anakanda ku sayang..
ke mana hilangnya bicaramu..
yang sentiasa riang..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda..
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa
dan bersalaman pasti akan diampunkan
dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)
wahai anakanda ku sayang..
apa lah ertinya lagi..
ukhwah ini..
jika kau terus meyepi..
bersama rajuk mu..
makin dalam sedih di hati ini..
wahai anakanda ku sayang..
setiap insan pasti merasa..
saat perpisahan terakhir..
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
biarkan bonda pergi..
Usah ditanya
Apakah sudahnya selepas ini..
bonda doakan agar ..
dirimu bahagia..
selamanya...
sudah la merajuk tu wahai Muhammad Riduan..
umi dah pujuk ni...
Ahad, 19 Februari 2012
BERJUANG ITU PAHIT..KERANA SYURGA ITU MANIS!...
Bismillahirrahmaanirrahimm...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
muslimin yang di Rahmati sekalian..
" Hai orang -orang beriman, apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu; " Berangkatlah (berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal saja tempatmu. Apakah kamu telah puas dengan
kehidupan duniawi sebagai ganti kehidupan akhiratmu. Padahal kenikmatan dunia jika dibandingkan dengan akhirat
hanyalah sedikit" (At Taubah : 38)
Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulahterdapat jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia.
Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.
Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”
Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:
“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”
Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”
Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”
Anas r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”
BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
1. Keimanan yang mendalam.
Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.
2. Ilmu yang hak
Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berkaitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.
3. Matlamat untuk keredhaan Allah
Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.
MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MELALUI DAKWAH:
Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:-
1. membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam.
2. mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam.
3. mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah.
4. menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan.
5. mendapat Keredhaan Allah.
KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)
1. Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan)
Pemerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak. Justeru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya.
Dalam konteks kemsyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai contoh, jika seseorang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-mana perlanggaran kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan.
2. Dengan lidah / ucapan / lisan
Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;
a.) Nasihat / peringatan – sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka, mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia itu tempuh di akhirat kelak. Para pendakwah diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu, penerangan, dan juga secara peribadi (fardiyah)
b.) Penerangan – Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen dan sebagainya
c.) Penulisan – ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Para daie perlu menguasai ilmu penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang dilakukan. Penulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum dan sebagainya.
3. Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai)
Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya sedapat mungkin dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah sedapat mungkin sambil berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar.
STRATEGI MENJALANKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR.
Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik.
Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai.
Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian. ..
“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia
akan terbina pula di tanahair saudara.”
Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar
memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam
mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam
hidup.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ
( الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا آُنتُمْ تَعْمَلُونَ ( 105
“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah SWT menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)
Ketahuillah wahai muslimin sekalian bangkit lah dari tidormu yang nyenyak dan diam mu yang sepi, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an
dengan firmanNya:
الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ
( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3
“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk
mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3)
Di dalam hadith dinyatakan:
الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل
“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya,
kemudian orang yang paling baik selepas itu.”
ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala.
Ayuhlah muslimin sekalian ...tugas dakwah adalah kewajipan kita semua..tak perlu lah kita gentar dengan segala dugaan di dunia ini..mahupun setiap pendakwah tak akan lari dripada
5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim
lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah SWT dan kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5
jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
itu ialah:
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam pernah bersabda:
“Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak
ada maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka.”
(Hadith riwayat Ahmad)
Sabdanya lagi:
“Sesiapa dan kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan
kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat
memerlukan pertolonganNya (Allah).”
Rasulullah pernah menerangkan:
“Mahukah kalian (mendengar saya terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan
dan meninggikan martabat. Sahabat baginda menjawab: “Mahu wahai Rasulullah!”
Baginda pun berkata: “(Yang menaikkan martabat ialah) anda bersifat hilm terhadap
orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh, anda memaafkan orang yang
menzalimi anda, memberi kepada orang yang tidak sudi memberi apa-apa kepada anda,
menyambung silaturrahim dengan orang yang tidak sudi mempunyai perhubungan
dengan anda.”
(Riwayat Tabrani)
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ یَفْرَحُواْ بِهَا وَإِن تَصْبِرُواْ
( وَتَتَّقُواْ لاَ یَضُرُّآُمْ آَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا یَعْمَلُونَ مُحِيطٌ ( 120
“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu
mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa,
nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.”
(Surah Ali-Imran Ayat 120)
semoga ada manfaatnya..wallahua'lam..wassalam..

Langgan:
Catatan (Atom)